KARNIVAL SUKAN STAF 2022 FAKULTI KEUSAHAWANAN DAN PERNIAGAAN SEMESTER FEBRUARI SESI AKADEMIK 2021/2022

3 dan 5 Julai 2022, Kampus Kota, Universiti Malaysia Kelantan. Pihak Fakulti Keusahawanan dan Perniagaan, Universiti Malaysia Kelantan telah menganjurkan Karnival Sukan Staf FKP 2022. Sukan petanque telah diadakan di Gelanggang Petanque Umk Kampus Kota dan telah disertai oleh seramai 19 beregu (38 orang). Manakala sukan badminton pula telah berlangsung di Gelanggang Badminton Kota Bharu Badminton Club (KBBC), Jalan Guchil Bayam dan telah disertai oleh seramai 11 beregu (22 orang). Kejohanan yang bermula dari pukul 8.30 pagi hingga 3.00 petang ini secara umumnya dapat memberi ruang  dan peluang kepada staf untuk mempraktikkan segala tips yang telah dipelajari seperti peraturan sukan petanque dan badminton serta cara bermain dengan cekap. Selain itu, kejohanan ini dapat memupuk kekuatan mental dan fizikal para staf untuk ke tahap yang lebih tinggi selepas ini seperti Karnival Sukan Staf UMK dan Kejohanan Sukan Staf Antara Universiti Malaysia (SUKUM). Antara manfaat yang tidak kurang penting juga ialah karnival ini dapat mengeratkan lagi ukhuwwah di kalangan staf di samping mampu dijadikan medan untuk mengurangkan stress dan tekanan kerja di pejabat.