Sarjana Keusahawanan melalui penyelidikan ditawarkan sepanjang tahun. Program ini memberikan pilihan dalam mod separuh masa dan sepenuh masa serta terbuka kepada warganegara Malaysia dan antarabangsa. Pelajar akan menjalankan penyelidikan dengan bantuan dan pengawasan pensyarah yang berkelayakan.
Bidang-bidang yang ditawarkan adalah seperti berikut:
*Pengurusan
*Kewangan
*Perakaunan
*Peruncitan
*Perdagangan
*Perbankan dan Kewangan Islam
*Pengurusan Logistik dan Operasi
*Pengurusan Sumber Manusia
*Pemasaran
Sila rujuk kepada pautan untuk pemilihan penyelia mengikut bidang kajian penyelidikan yang berpotensi: https://expert.umk.edu.my/directory.cfm
Borang permohonan boleh dimuat turun melalui pautan https://cps.umk.edu.my/download/forms/ dan dihantar bersama dokumen yang diperlukan ke siswazah@umk.edu.my serta salinkan kepada pascasiswazah.fkp@umk.edu.my.
Sebarang pertanyaan, sila hubungi:
admin fakulti: pascasiswazah.fkp@umk.edu.my
admin CPS: siswazah@umk.edu.my
- |