FAKULTI KEUSAHAWANAN DAN PERNIAGAAN
Universiti Malaysia Kelantan

Dari Meja Dekan


ASSOC. PROF. TS. DR. ZAILANI BIN ABDULLAH

Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera

Selamat Datang ke Laman Web Fakulti Keusahawanan & Perniagaan (FKP), Universiti Malaysia Kelantan. FKP merupakan fakulti keusahawanan pertama di Malaysia.

Dalam menginjak usia tiga belas tahun (13) tahun,  FKP telah melakar pelbagai kejayaan dan pencapaian yang boleh dibanggakan. Asas kepada kejayaan FKP hari ini adalah hasil usaha gigih dan komitmen para pentadbir fakulti dan pelopor terdahulu. Setiap fasa penggantian menyaksikan dan meletakkan FKP pada aras yang disegani, kini pada tahun 2020 terus berdaya saing untuk melonjakkan FKP pada peringkat lebih mantap dan tinggi. Menggalas tanggungjawab dan amanah menggantikan kepimpinan fakulti yang lepas, menuntut kecekalan dan keazaman yang jitu dalam memastikan Visi, Misi dan budaya kecemerlangan FKP ini dapat diteruskan dan direalisasikan pada satu tahap yang membanggakan.

Berbekalkan tagline UMK ‘Entrepreneurship Is Our Thrust’, FKP akan meneruskan usaha sebagai peneraju utama dalam program-program yang menyokong kepada pemerkasaan pendidikan berteraskan keusahawanan. Usaha ini disokong oleh Pengurusan Utama Universiti yang menyokong membolehkan FKP bersaing dan terkehadapan dalam penyediaan program akademik dan aktiviti berfokus dalam bidang keusahawanan, perniagaan dan perakaunan yang selaras dengan kehendak pelajar, permintaan industri dan  masyarakat. 

Adalah menjadi harapan saya, agar Laman Web FKP yang dibangunkan dengan ciri-ciri informatif dan interaktif ini memudahkan para pengguna mengakses maklumat yang tepat dan terkini pada bila-bila masa yang dikehendaki. Saya juga mengalu-alukan maklumbalas supaya FKP sentiasa peka dengan kehendak masyarakat dalam usaha memperkasakan budaya ilmu yang berterusan.

Terima kasih kerana anda telah melayari Laman Web FKP dan Selamat Maju Jaya.

 

“The School for Aspiring Entrepreneurs”      

 

LANGGAN BERITA

Langgan dan dapatkan berita terkini mengenai kami, dan lain-lain