FAKULTI KEUSAHAWANAN DAN PERNIAGAAN
Universiti Malaysia Kelantan

Visi


Menjadi institusi peneraju dalam bidang pendidikan, penyelidikan, perundingan, penerbitan dan pembangunan keusahawanan.

Misi


Menanam serta menyemai semangat keusahawanan di kalangan masyarakat dalam dan luar kampus dengan matlamat untuk melahirkan masyarakat berorientasi keusahawanan (entrepreneurial society) yang mampu menyumbang kepada penjanaan kekayaan negara.

Objektif


  • Untuk melahirkan graduan berbudaya usahawan (entrepreneurial graduates) yang beretika, mempunyai nilai-nilai murni, berpengetahuan dan berkemahiran, berdaya maju, berdaya saing, kreatif dan inovatif serta berupaya menyumbang kepada pembangunan negara
  • Untuk meneroka dan mengembangkan ilmu keusahawanan dan pengurusan perniagaan melalui pengajaran dan perundingan, penulisan dan perkhidmatan kepada watan
  • Untuk membina ikatan perjanjian bestari dengan organisasi luar dan dalam negara yang terlibat secara langsung dalam bidang pengurusan keusahawanan dan pembangunan perusahaan kecil dan sederhana
  • Untuk menjadi penggerak utama membangun dan memajukan bidang keusahawanan dan pengurusan perusahaan kecil dan sederhana

LANGGAN BERITA

Langgan dan dapatkan berita terkini mengenai kami, dan lain-lain