BENGKEL SEMAKAN KURIKULUM PROGRAM SARJANA MUDA DI FAKULTI KEUSAHAWANAN DAN PERNIAGAAN

3 Oktober 2020, Kampus Kota, Universiti Malaysia Kelantan. Pihak Fakulti Keusahawanan dan Perniagaan (FKP), Universiti Malaysia Kelantan telah menganjurkan Bengkel Semakan Kurikulum bagi semua Program Sarjana Muda yang ditawarkan di FKP.  Program ini telah disertai seramai 39 orang staf akademik  dan 3 orang staf pentadbiran. Bengkel telah  berlangsung selama tiga hari yang bermula pada 1 Oktober 2020, pukul 3.00 petang  sehingga 3 Oktober 2020, pukul 1 petang. Ianya telah diadakan di Hotel Grand Puteri, Kuala Terengganu. .Tujuan bengkel ini dijalankan adalah untuk meneliti, menambahbaik dan menyiapkan semakan kurikulum bagi semua kursus program-program sarjana muda di FKP. Hasil daripada bengkel tersebut (i). struktur penawaran program akademik mengikut jabatan yang baharu telah dimuktamadkan; (ii). setiap program juga telah menambahbaik kandungan kursus yang ditawarkan dengan menerapkan elemen High Impact Educational Practices (HIEPs) yang bersesuaian mengikut program; (iii). tempoh pengajian bagi program SAL, SAK dan SAR di bawah Jabatan Keusahawanan dipendekkan dari 4 tahun kepada 3 tahun sahaja; dan (iv).  dokumentasi semakan kurikulum akan dilengkapkan dalam tempoh sebulan selepas bengkel berakhir untuk dimajukan ke peringkat yang seterusnya.