BENGKEL FINISHING SCHOOL 2020 SECARA ONLINE BAGI PELAJAR TAHUN AKHIR FAKULTI KEUSAHAWANAN DAN PERNIAGAAN UNIVERSITI MALAYSIA KELANTAN

13 Ogos 2020, Kampus Kota, Universiti Malaysia Kelantan. Pihak Fakulti Keusahawanan dan Perniagaan, Universiti Malaysia Kelantan telah menganjurkan Bengkel Finishing School 2020 secara Online bagi mahasiswa-mahasiswa tahun akhir Fakulti Keusahawanan dan Perniagaan. Program ini telah diadakan selama tiga hari bermula daripada 13 Ogos 2020 sehingga 15 Ogos 2020 secara online menggunakan platform Facebook dan Zoom. Program ini diadakan bertujuan untuk memperlengkapkan diri peserta dengan kemahiran-kemahiran insaniah khusus untuk pelajar-pelajar semester akhir. Justeru itu, bagi menjayakan program ini, tiga orang penceramah daripada industri iaitu Tuan Haji Norizan Sharif, Mr. Eldrick Koh dan Encik Farid Shah Basir bin Mohd Basir Shah telah dijemput bagi memberikan pendedahan yang berkesan kepada para pelajar. Manakala seorang penceramah yang merupakan wakil daripada Pejabat Hal Ehwal Pelajar dan Alumni Universiti Malaysia Kelantan iaitu Encik Abdul Khairul Azry bin Abdul Rahman turut dijemput untuk menjayakan bengkel ini. Sesi rakaman bersama panel-panel jemputan daripada industri dan wakil HEPA boleh diikuti semula melalui Facebook Universiti Malaysia Kelantan (Rasmi) dipautan berikut: