LAWATAN INDUSTRI PELAJAR PROGRAM IJAZAH PERAKAUNAN BATCH 4 KE FIRMA AUDIT DAN PERCUKAIAN, MOHD HAFIZ & CO

Lawatan Industri Pelajar Program Ijazah Perakaunan Batch 4 ke Firma Audit dan Percukaian, Mohd Hafiz & Co.

Pelajar Program Ijazah Perakaunan Batch 4 (SAA Batch 4) dari Universiti Malaysia Kelantan telah mengadakan lawatan industri ke Firma Mohd Hafiz & Co yang di ketuai oleh Ketua Projek, Muhammad Adam Mustaqim bin MD Ruhisham (Pelajar SAA) pada 23 Mei 2025 (Jumaat) bertujuan untuk mempelajari pengalaman dan asas pengauditan yang merangkumi ilmu teknologi dalam pengauditan dan konsep perniagaan dalam industri perakaunan. Dalam sesi ini, pelajar berpeluang mendengar sesi pengkongsian bersama YBhg Dato’ Sri Haji Mohd Hafiz bin Haji Halim, Managing Partner, Mohd Hafiz & Co.

YBhg Dato Sri Hj Mohd Hafiz berkongsi pengalaman dan pengajaran sepanjang kehidupan beliau yang sangat menyeluruh dan memberikan contoh ciri kepimpinan dan kriteria yang boleh dicontohi oleh pelajar-pelajar kami dalam melahirkan pemimpin yang berkaliber.

Kami ingin menyampaikan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak Mohd Hafiz & Co kerana sudi menerima lawatan ini dan memberikan peluang yang sangat berharga ini kepada para pelajar.

Turut serta dalam memberi perkongsian adalah YBrs Prof. Dr Hjh Zuraeda Ibrahim, Dekan Institut Pengajian Siswazah, UITM selaku Penasihat Percukaian Profesional - Mohd Hafiz & Co._ .

Turut serta dalam program ini ialah En Syed Azlan Aljaffree bin Syed Khadzil, pensyarah dari Fakulti Keusahawanan dan Perniagaan, UMK.

#UniversitiMalaysiaKelantan #MohdHafiz&Co #SAA #LawatanIndustri #Kepimpinan #FKP

#ACCA #MICRON