Menu Close Menu

PROGRAM KECERDASAN KESIHATAN BULANAN FKP KALI KE-2

Sep 25, 2019
By: Nur Alyani Binti Mohd Yusoff @ Ramli



25 Sep | Program Kecerdasan Kesihatan Bulanan kali pertama telah diadakan pada 23 Julai 2019. Kesinambungan ini diteruskan oleh Fakulti dan program kali ke-2 diadakan pada 19 September 2019.

Program kali ke-2 telah diadakan di Perkarangan Kabin Pensyarah, UMK Kampus Kota pada 9.00 pagi ini telah disertai oleh kakitangan FKP. Program pada kali ini dibuat dengan kaedah potluck (minum pagi) bagi mengeratkan lagi hubungan sesama staf.

Diharap semua staf FKP yang berkelapangan pada masa akan datang untuk dapat bersama-sama menjayakan program ini. Pihak fakulti juga mengucapkan terima kasih diatas kerjasama daripada Pusat Sukan dan Kebudayaan, Pejabat Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar Dan Alumni) dan Pusat Pembangunan dan Pengurusan Infrastruktur.