Menu Close Menu

BENGKEL PENYEDIAAN GARIS PANDUAN KERTAS KERJA FAKULTI KEUSAHAWANAN DAN PERNIAGAAN

Aug 19, 2019
By: Nur Alyani Binti Mohd Yusoff @ Ramli



19 Aug | Bengkel Penyediaan Garis Panduan Kertas Kerja Fakulti Keusahawanan dan Perniagaan (FKP) telah diadakan pada 19 Ogos 2019 di Sutera Inn Prima Hotel, Kota Bharu. Bengkel ini melibatkan Timbalan Dekan (Akademik & Antarabangsa), Ketua Jabatan (Keusahawanan), Ketua Penyelaras dan staf pentadbiran fakulti.

Tujuan bengkel ini diadakan adalah untuk menghasilkan garis panduan dan pemurnian kertas kerja yang sedia ada agar lebih jelas dan terperinci untuk dijadikan rujukan oleh staf dan pelajar. Garis panduan ini amat penting kerana staf dan pelajar banyak mengadakan program atau aktiviti yang melibatkan kewangan fakulti. Oleh itu, sebelum sebarang program atau aktiviti dijalankan, staf dan pelajar perlulah mengikut Garis Panduan/ Standard Operating Procedure (SOP) yang telah ditetapkan yang terhasil daripada bengkel ini.

Garis panduan yang telah siap dibincangkan akan dibentangkan oleh Timbalan Dekan (Akademik & Antarabangsa) pada Mesyuarat Jawatankuasa Fakulti yang akan datang sebelum dihebahkan kepada staf dan pelajar.

-TAMAT-