Menu Close Menu

ANUGERAH KUALITI NAIB CANSELOR (KATEGORI AKADEMIK) 2018

Aug 6, 2019
By: Nur Alyani Binti Mohd Yusoff @ Ramli



06 Aug | Pada 1 Ogos 2019, Universiti Malaysia Kelantan telah menganugerahkan Anugerah Kualiti Naib Canselor (AKNC) 2018 kepada Fakulti Keusahawanan dan Perniagaan (kategori akademik) sempena Majlis Penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2018 yang diadakan di Dewan Keusahawanan UMK Kampus Kota. Anugerah ini disampaikan oleh Tengku Temenggong Kelantan selaku Pro Canselor UMK, Yang Berhormat Mulia Tengku Tan Sri Dato' Haji Mohamad Rizam bin Tengku Abdul Aziz.

Kejayaan ini adalah merupakan sumbangan dan sokongan padu yang telah diberikan oleh semua warga FKP yang telah menyumbang dan berkhidmat bakti dalam tahun 2017 dan 2018 di semua peringkat termasuk pihak pengurusan, pentadbiran, staf yang telah bertukar jabatan, staf yang telah bersara dan juga staf yang telah meninggalkan Fakulti.

Komitmen dan kerjasama yang berterusan ini perlu dikekalkan momentum dikalangan semua staf sedia ada supaya senantiasa berada di tahap terbaik untuk mengekalkan pencapaian yang telah dikecapi kini pada masa akan datang.

-Tamat-