PROGRAM WORKSHOP ON DIGITAL MALL: SHOPEE LIVE FAKULTI KEUSAHAWANAN DAN PERNIAGAAN SEMESTER FEBRUARI SESI AKADEMIK 2022/2023
Kampus Kota, Universiti Malaysia Kelantan, 23 Mei 2023, seramai 235 orang pelajar yang terdiri daripada 35 syarikat usahawan pelajar UMK telah berjaya mengikuti program Workshop on Digital Mall: Shopee Live. Fakulti Keusahawanan dan Perniagaan, Universiti Malaysia Kelantan dengan kerjasama Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi), Kelantan telah berjaya mengdakan program yang memberi peluang kepada usahawan pelajar UMK dalam menguasai strategi pemasaran digital dalam perniagaan, dan platform digital mall, Shopee. Terdapat 36 syarikat usahawan pelajar UMK berjaya memiliki kedai di platform Digital Mall, Shopee dan seterusnya bersiaran langsung di Shopee Live Stream selama satu jam bagi memperkenalkan dan mempromosi perniagaan dan produk mereka. Amat membangggakan kerana pelajar telah berjaya memberikan komitmen yang sangat baik dengan berusaha bersiaran di Shopee Live Stream pada slot yang telah dipilih dengan tidak mengabaikan kuliah bagi kursus-kursus lain. Turut hadir 2 orang penceramah yang dijemput khas dari Pusat Ekonomi Digital (PEDi) dan dibantu 2 orang rakan digital yang bertindak sebagai fasilitator yang membantu peserta dalam menjayakan aktiviti Shopee Live. Melalui program, ia mampu membentuk budaya keusahawanan di kalangan pelajar universiti dan mengoptimumkan sumber teknologi dan aplikasi yang ada untuk menghasilkan inovasi yang terbaik terutamanya dalam inovasi keusahawanan. Dan seterusnya menggalakkan pelajar dalam penguasaan platform digital mall.