CARNIVAL OF MEGAPRENEURSHIP AND INNOVATION 1.0 (COME 1.0) FAKULTI KEUSAHAWANAN DAN PERNIAGAAN SEMESTER SEPTEMBER SESI AKADEMIK 2022/2023

25 hingga 27 Januari 2023, Kampus Kota, Universiti Malaysia Kelantan. Pihak Fakulti Keusahawanan dan Perniagaan, Universiti Malaysia Kelantan dengan kerjasama Pusat Pembangunan dengan Pendidikan Keusahawanan (CEED) melalui Institut Keusahawanan UMK (UMKEI), Training Minds Sdn. Bhd. dan Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi), telah menganjurkan Program Carnival of Megapreneurship and Innovation (COME 1.0). Program ini telah disertai seramai 942 orang pelajar yang melibatkan 132 kumpulan projek peserta, dan telah berlangsung pada 25 hingga 27 Januari 2023, dari pukul 8.30 sehingga 5.00 petang, bertempat di Kampus Kota, Universiti Malaysia Kelantan. Tujuan program ini diadakan adalah untuk memberi ruang dan peluang kepada para pelajar di bawah Jabatan Keusahawanan agar lebih memahami kandungan yang dipelajari melalui perkongsian idea perniagaan, inovasi keusahawanan, pembangunan rancangan perniagaan dan juga pengalaman sepanjang mengikuti dan menyempurnakan projek. Program ini juga mampu membentuk budaya inovasi dalam kalangan warga pelajar universiti dan mengoptimumkan sumber teknologi dan aplikasi yang ada untuk menghasilkan inovasi yang terbaik terutamanya dalam inovasi keusahawanan. Dan seterusnya menggalakan pelajar dalam penyertaan pertandingan penciptaan inovasi.