PROGRAM BIZFEST: BEYOND FORWARD FESTIVAL 2025, GABUNGAN ELEMEN SUKAN, ILMU, BUDAYA, AKADEMIK INOVASI DAN KEUSAHAWANAN
KOTA BHARU 25 April 2025 I Enam kelab akademik di bawah Fakulti Keusahawanan dan Perniagaan (FKP) telah bergabung dalam BizFest: Beyond Forward Festival 2025 (BFF) yang diadakan selama tiga hari bermula 25 hingga 27 April 2025 di UMK Kampus Kota dan Kompleks Belia dan Sukan Panji, Kota Bharu, Kelantan.
Gabungan itu terdiri dari Kelab Sarjana Muda Keusahawanan Peruncitan (SAR), Kelab Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Perbankan & Kewangan Islam) (SAB), Kelab Sarjana Muda Keusahawanan Perdagangan (SAK), Kelab Sarjana Muda Perakaunan (SAA), Kelab Sarjana Muda Keusahawanan (Logistik dan Perdagangan Edaran) (SAL/SAD) dan Kelab Sarjana Muda Keusahawanan (SAE).
Program ini merupakan karnival inisiatif pertama yang melibatkan kerjasama pelbagai pihak di Fakulti Keusahawanan dan Perniagaan, Universiti Malaysia Kelantan, bersama barisan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) sesi 2024/2025 dari Fakulti Keusahawanan dan Perniagaan.
Program ini bertujuan memperkukuhkan hubungan antara pihak universiti, fakulti, dan program pengajian, sekaligus meningkatkan jenama Fakulti Keusahawanan dan Perniagaan sebagai sebuah institusi dinamik yang progresif.
Menurut Dekan FKP, Prof. Madya Dr. Dzulkifli Mukhtar, program ini menghimpunkan mahasiswa, staf akademik, wakil industri serta komuniti setempat dalam satu festival yang penuh semangat keusahawanan, inovasi, kesukanan dan kepimpinan.
Beliau berkata, program ini bertemakan Beyond Forward, BizFest 2025 menjadi landasan penting dalam pembangunan holistik mahasiswa yang selari dengan hasrat Naib Canselor UMK, Prof. Ts. Dr. Arham Bin Abdullah sebagaimana yang digariskan dalam Perutusan Naib Canselor 2025.
“Penganjuran ini memberi penekanan terhadap pemerkasaan pelajar, kemahiran dunia sebenar serta penglibatan bersama komuniti secara menyeluruh.
“BizFest mengetengahkan enam elemen utama, iaitu Sukan Dinamik, Ilmu dan Perkongsian Kemahiran, Inovasi Kreatif, Kebudayaan Pelbagai, Keusahawanan Berdaya, dan Tanggungjawab Sosial Komuniti,” katanya pada Majlis Penutup BizFest: Prestige: A Night of Visionaries pada malam 27 April di Dewan Terbuka Keusahawanan (DTK), Kampus Kota.
Turut hadir, Ketua Penolong Pengarah, Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Kelantan ICU JPM, Tuan Noorazam bin Muhammad Noor, Pengawai Pengalakkan dan Pembangunan Sukan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan, Encik Muhamad Fadzil Che Daud, Pengarah Pusat Kokurikulum, Dr. Razman Hafifi Redzuan dan Timbalan Dekan (Akademik), Prof. Madya Dr. Wan Farha Wan Zulkifli.
Sementara itu, pelbagai aktiviti diadakan antaranya acara sukan seperti bola jaring, futsal, bola tampar, badminton dan e-sukan (Mobile Legends & PES).
Turut diadakan Business Course War: Merangkumi pelbagai bentuk kuiz antaranya Kuiz Pengetahuan Am, Kuiz Berkaitan Perniagaan, Pertandingan Kanvas Model Perniagaan (BMC), dan Pengucapan Awam.
Selain itu, klinik Usahawan Muda Cilik yang menerima penyertaan seramai 50 murid Tahun 6 dari SK Banggu, Digital Marketing: Aktiviti yang mempromosikan FKP, Program Pengajian Peserta, dan Inisiatif “Wakaf Pendidikan MAIK UMK”.
Turut diadakan ialah sesi perkongsian bersama Pusat SDG Negara berkenaan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) dan pengkongsian berkenaan kempininan oleh wakil dari pihak PKT Logistics.
Sepanjang program berlangsung pelajar FKP turut didedahkan dengan aktiviti perniagaan iaitu Sales Booth yang melibatkan enam booth dari Usahawan Siswa/Siswi dan enam gerai usahawan luar.
Pada Majlis Penutup BizFest: Prestige: A Night of Visionaries turut berlangsung majlis penyampaian hadiah kepada pemenang pertandingan dan *penaja penaja BizFest 2025.
#OfficialUMK #UMKinfo #UMKmedia #EntrepreneurshipUniversity
#UMK4u1hati1jiwa #malaysiamadani



-DAN-PROGRAM-SEJAM-BERSAMA-AL-QURAN-(SBQ)-ANJURAN-PUSAT-ISLAM-UNIVERSITI/DSC03183.jpg)
/DSC03181.jpg)