BENGKEL REAL ENTREPRENEUR APPLIED LEARNING (REAL) PROGRAM SARJANA MUDA KEUSAHAWANAN DENGAN KEPUJIAN (2u2i)

29 Ogos 2022, Kampus Kota, Universiti Malaysia Kelantan. Pihak Fakulti Keusahawanan dan Perniagaan, Universiti Malaysia Kelantan telah menganjurkan Bengkel Real Entrepreneur Applied Learning (REAL) bagi pelajar Ijazah Sarjana Muda Keusahawanan Dengan Kepujian (2u2i). Program ini telah disertai oleh seramai 25 orang pelajar dan 5 organg staf akademik bermula jam 8.30 pagi hingga 10.00 malam bertempat di Bilik Kuliah K106D Kampus Kota, Universiti Malaysia Kelantan.Tujuan program ini diadakan adalah untuk menambahbaik idea perniagaan pelajar dan memastikan pelajar lebih memahami peranan mereka semasa menjalankan perniagaan semasa mengambil kursus Operasi Teroka Baharu (OTB). Hasil daripada bengkel ini, pelajar lebih jelas dengan perniagaan yang akan dilaksanakan semasa OTB dan juga mendapat pengalman daripada usahawan tentang dunia perniagaan sebenar. Melalui program ini, para pelajar ini secara tidak langsung akan dapat membantu UMK dalam pencapaian peratusan graduan usahawan kelak.