KARNIVAL KEUSAHAWANAN DAN KESIHATAN

Fakulti Keusahawanan dan Perniagaan (FKP) dengan kerjasama Fakulti Hospitaliti, Pelancongan dan Kesejahteraan (FHPK) dan ANGKASA-UMK Research Academy (AURA) telah menganjurkan  Karnival Keusahawanan dan Kesihatan yang telah berlangsung selama dua (2) hari pada 18-19 Jun 2022 bertempat di Dewan Terbuka Keusahawanan (DTK), Universiti Malaysia Kelantan (UMK).

Karnival Keusahawanan dan Kesihatan melibatkan staf akademik, usahawan (kecil, sederhana dan koperasi) dan komuniti setempat. Tujuan karnival ini diadakan adalah untuk meningkatkan komuniti tentang kepentingan menjaga kesihatan dan kesejahteraan melalui kempem-kempen dan pemeriksaan kesihatan yang telah diberikan secara percuma. Selain itu, meningkatkan aktiviti keusahawanan dalam kalangan pelajar universiti dan juga penglibatan bersama dengan usahawan.