PROGRAM PENGENALAN KEPADA PENERBITAN BUKU DIGITAL BERSIRI ANJURAN ANGKASA-UMK RESEARCH ACADEMY (AURA), FKP

Program AURA: Pengenalan kepada Penerbitan Buku Digital Bersiri adalah merupakan satu program bersiri yang dianjurkan oleh pihak AURA. Program ini terbuka kepada semua termasuk Pensyarah, Pelajar Universiti Malaysia Kelantan, Anggota Lembaga Koperasi (ALK), Jawatankuasa Audit Dalaman (JAD) dan kakitangan ANGKASA serta orang awam. Sasaran Impak Program Pengenalan kepada Penerbitan Buku Digital ini adalah untuk melahirkan masyarakat yang kompeten, berpengetahuan, dan kreatif.