PAMERAN EKSPO KOPERASI MALAYSIA (EKsKOM) BERSEMPENA SAMBUTAN HARI KOPERASI NEGARA 2022

Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA) dengan kerjasama Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) akan mengadakan pameran serta jualan produk dan perkhidmatan koperasi bersempena Hari Koperasi Negara pada 27 – 31 Julai 2022 bertempat di Mines International Exhibition & Convention Centre, MIECC, Jalan Dulang, Mines Wellness City, Seri Kembangan, Selangor.

Objektif EsKOM ini diadakan adalah untuk memperkasakan sosio ekonomi gerakan koperasi setelah melalui fasa pandemik dan persediaan mengharungi persekitaran ekonomi semasa disamping mewujudkan nilai tambah dalam perusahaan dan perniagaan gerakan koperasi yang memberi kesan kepada pengembangan perniagaan serta mencapai impak pembangunan gerakan koperasi melalui pengembangan aktiviti ekonomi pelbagai sektor industri.

Sehubungan itu, ANGKASA-UMK Research Academy (AURA) juga turut berpeluang untuk turut serta dalam Ekspo tersebut bagi mempromosikan perkhidmatan AURA disamping memperkenalkan UMK sebagai sebuah universiti keusahawanan. Turut dijemput untuk bersama AURA dalam pameran tersebut adalah wakil unit promosi FKP dan MGSEB.