FIRST TO BE: SCOPUS JOURNEY (FASA 1 – WRITING AND PUBLISHING IN SCOPUS)

06 Julai 2022, Kampus Kota, Universiti Malaysia Kelantan. Pihak Fakulti Keusahawanan dan Perniagaan (FKP), Universiti Malaysia Kelantan (UMK) melalui kerjasama antara Angkasa Research Academy (AURA) dan Bahagian Penyelidikan, Inovasi dan Pascasiswazah, Fakulti Keusahawanan dan Perniagaan (FKP), telah berjaya menganjurkan Program First To Be: Scopus Journey (Fasa 1 – Writing And Publishing In Scopus) pada 06 Julai 2022 (Rabu). Program yang dianjurkan ini bertujuan untuk untuk membudayakan amalan penulisan artikel jurnal SCOPUS dan berimpak tinggi kepada pensyarah fakulti yang terpilih. Program yang dilaksanakan secara atas talian iaitu melalui platform Zoom ini telah disertai oleh seramai 30 orang pensyarah Fakulti Keusahawanan dan Perniagaan. Program ini telah berjaya dalam menambahkan ilmu menerbitkan artikel mengikut standard SCOPUS dikalangan pensyarah FKP. Melalui program ini juga, ia dapat memberikan input kepada peserta dalam memantapkan penulisan mereka. Tambahan pula, program ini juga dapat membudayakan amalan menulis dan menerbitkan artikel SCOPUS, yang mana penerbitan merupakan bidang tugas utama sebagai pensyarah.