LUNCH, LEARN & GROW WORK BASED LEARNING

25 Mei 2022, Kampus Kota, Universiti Malaysia Kelantan. Unit Jaminan Kualiti dan Akreditasi, Fakulti Keusahawanan dan Perniagaan, Universiti Malaysia Kelantan telah menganjurkan Webinar Lunch, Learn & Grow Work Based Learning menggunakan pelantar Zoom Meeting. Ia telah berlangsung pada 25 Mei 2022 dari pukul 10.00 pagi sehingga 12.00 tengah hari. Webinar ini telah dihadiri oleh 55 orang peserta yang terdiri daripada warga akademik UMK. Webinar ini bertujuan untuk memberikan pendedahan dan pemahaman mengenai konsep Work Based Learning (WBL). Webinar ini memberi tumpuan kepada ciri-ciri serat struktur kursus yang perlu ada dengan menggunapakai elemen WBL. Berdasarkan maklumbalas yang diterima daripada webinar tersebut, hampir keseluruhan peserta menunjukkan penerimaan yang baik sepanjang perkongsian ini dijalankan. Semoga webinar ini dapat dimanfaatkan dengan baik oleh semua peserta yang hadir khususnya warga akademik yang sedang menjalankan proses semakan kurikulum dan pembangunan program akademik baru bagi menyediakan kursus yang lebih fleksibel bersesuaian dengan elemen WBL yang perlu diterapkan sebagaimana digariskan oleh Garis Panduan Pembangunan Program Akademik Baru Universiti Awam.