THE 2ND ACCOUNTING WEBINAR SERIES (AWS) 2022

5 April 2022, Kampus Kota, Universiti Malaysia Kelantan. Pihak Fakulti Keusahawanan dan Perniagaan, Universiti Malaysia Kelantan telah menganjurkan The 2nd Accounting Webinar Series (AWS) 2022 dengan topik “Reflecting on Accounting's Philosophical And Historical Foundations”. Program ini telah disertai oleh hamper 200 peserta yang terdiri daripada pensyarah dan pelajar FKP yang berlangsung pada 5 April 2022, dari pukul 2.00 petang sehingga 5.00 petang. Program ini diadakan secara atas talian. Objektif program ini ialah memberi membudayakan ilmu dan aktiviti di dalam bidang perakaunan di kalangan penyelidik dan pelajar. Selain itu, program sebegini dapat meningkatkan mutu dan kualiti penyelidikan dan pengajian di dalam bidang perakaunan. Program webinar ini juga menyediakan platform interaktif kepada para penyelidik senior dan junior di FKP dan UMK, terutama di dalam penguasaan ilmu di dalam bidang perakaunan. Bagi webinar selama tiga jam ini, kesemua peserta mendapat pendedahan mengenai ilmu dan kajian asas falsafah perakaunan selain isu terkini berkaitan perakaunan.