BENGKEL TASK FORCE PEMBANGUNAN PROGRAM AKADEMIK BAHARU – IJAZAH SARJANA MUDA ANALITIK PERNIAGAAN DENGAN KEPUJIAN

6 hingga 10 Februari 2022, Kampus Kota, Universiti Malaysia Kelantan. Pihak Fakulti Keusahawanan dan Perniagaan, Universiti Malaysia Kelantan telah menganjurkan Bengkel Task Force Pembangunan Program Akademik Baharu – Ijazah Sarjana Muda Analitik Perniagaan Dengan Kepujian. Program ini telah disertai seramai 21 orang ahli akademik yang berlangsung pada 6 hingga 10 Februari 2022, dari pukul 8.30 sehingga 5.00 petang, bertempat di Kampus Kota, Universiti Malaysia Kelantan.Tujuan program ini diadakan adalah untuk mengumpulkan kesemua ahli taskforce dan fasilitator yang terlibat bagi membangunkan dokumen keperluan pembangunan program baharu, iaitu Kertas Cadangan Mesyuarat Saringan Awal (MSA) beserta segala dokumen lampiran yang berkaitan.Hasil daripada bengkel ini, Kertas Cadangan MSA, beserta lampiran yang berkaitan seperti struktur korikulum, pelan pengajian, laporan kajian pasaran, dan reka bentuk Table 4 bagi semua cadangan kursus yang terlibat dalam program akademik baharu telah berjaya disiapkan. Melalui program ini, ahli Taskforce dapat meningkatkan pengetahuan mengenai proses-proses pembangunan akademik baharu terutamanya program Sarjana Muda Analitik Perniagaan dengan Kepujian.