THE 9th INTERNATIONAL SEMINAR ON ENTREPRENEURSHIP, BUSINESS AND TECHNOLOGY (ISEBT 2021)

26 - 27 September 2021, Universiti Malaysia Kelantan. Pihak Fakulti Keusahawanan dan Perniagaan (FKP), Universiti Malaysia Kelantan (UMK) telah menganjurkan Program The 9th International Seminar on Entrepreneurship, Business and Technology 2021 (ISEBT 2021) dengan kerjasama Euromid Academy of Business and Technology - Turkey secara atas talian menggunakan laman rasmi Facebook Universiti Malaysia Kelantan (Rasmi). Program ini ditaja oleh Angkasa – UMK Research Academy (AURA). Tujuan program ini adalah untuk memperkenalkan UMK kepada para penyelidik dan pensyarah dari dalam dan luar negara disamping menwar-warkan bahawa keusahawanan dan perniagaan adalah salah satu bidang tujahan universiti. Selain daripada itu, program ini juga bertujuan untuk memberi peluang kepada peserta untuk berkongsi pengetahuan dan kepakaran terkini dalam bidang keusahawanan, perniagaan dan teknologi serta menjalinkan hubungan kerjasama antara UMK dan institusi antarabangsa. Program ini telah disertai oleh seramai 140 orang penyertaan yang melibatkan penyertaan daripada universiti tempatan dan antarabangsa seperti Indonesia, Philippines, China, Bahrain, Japan, Jordan, Pakistan dan beberapa lagi negara yang lain. Kesemua hasil penyelidikan telah dibentangkan melalui rakaman video dan secara langsung menggunakan pautan Zoom. Seramai 20 orang peserta telah mendapat anugerah Best Paper Award yang terdiri pelbagai sub-bidang seperti keusahawanan, pemasaran, keusahawanan digital, perniagaan dan pengurusan, perakaunan, peluang dan risiko dan keusahawanan sosial. Kesemua kertas persidangan akan diterbitkan dalam Book Series Springer Lecture Notes in Network and System yang bertajuk Business and Technologies: Opportunities and Challenges. Bagi kertas persidangan yang terpilih, ia akan diterbitkan dalam jurnal berindeks Scopus.