KURSUS PROFESIONAL PENGURUSAN HARTA PUSAKA HIBAH DAN WASIAT

06 Disember 2020, Kampus Kota, Universiti Malaysia Kelantan. Pihak Fakulti Keusahawanan dan Perniagaan, Universiti Malaysia Kelantan dengan kerjasama Amanah Warisan Berhad (AWARIS) telah menganjurkan Kursus Profesional Pengurusan Harta Pusaka Hibah Dan Wasiat/ Program ini telah disertai seramai 20 orang peserta dan seorang penceramah jemputan yang berlangsung pada 06 September 2020, dari pukul 8.30 sehingga 5.00 petang, bertempat di Kampus Kota, Universiti Malaysia Kelantan. Program ini bertujuan memberi pendedahan melalui latihan kepada pelajar Fakulti Keusahawanan Dan Perniagaan (FKP) kepada konsep pengurusan harta hibah dan wasiat dan kepentingannya kepada masyarakat. Program ini juga, memberi pendedahan dan ruang kepada pelajar untuk menceburi peluang perniagaan sebagai konsultan pada permulaan kerjaya dan akhirnya membuka agensi hibah dan wasiat yang semakin mendapat permintaan dalam kalangan masyarakat. Seramai 20 orang peserta telah berjaya menamatkan modul latihan telah diiktiraf sebagai konsultan pengurusan legasi.