Style Switcher

Layout options
  • Boxed Layout
  • Full Width Layout
Primary Color
Laman Web Rasmi Fakulti Keusahawanan dan Perniagaan
            

Sarjana Muda Keusahawanan (Peruncitan) dengan Kepujian

PENGENALAN

SARJANA MUDA KEUSAHAWANAN (PERUNCITAN) DENGAN KEPUJIAN

Program pengajian ini akan dapat menyediakan modal insan yang diperlukan dalam industri peruncitan Negara. Program Ijazah Sarjana Muda Keusahawanan (Peruncitan) dengan Kepujian akan memberikan pelajar satu cabang lain yang lebih spesifik dalam bidang keusahawanan. Program ini dijangka dapat melahirkan usahawan baru dalam industri peruncitan.

Objektif program ini adalah untuk melahirkan graduan yang memiliki ciri-ciri berikut:

  • Menguasai pengetahuan dalam bidang pengurusan dan keusahawanan yang boleh diaplikasikan dalam industri peruncitan;
  • Mengaplikasikan teknologi terkini (software & hardware) dalam operasi peruncitan
  • Berkomunikasi dengan berkesan dalam tiga bahasa utama bisnes dan berkebolehan menggunakan ICT sebagai pengupaya;
  • Membuat keputusan secara kritis, kreatif dan berani meneroka kaedah penyelesaian yang inovatif dan unik;
  • Mengamalkan kerja secara berpasukan, memiliki kemahiran sosial dan membina jaringan keusahawanan;
  • Meningkatkan tahap pendidikan dan kemahiran secara berterusan
  • Mengenal pasti, menilai dan merebut peluang perniagaan serta merealisasikan peluang tersebut dalam industri peruncitan;
  • Bertindak secara beretika berlandaskan garis panduan serta peraturan dan kehendak profesionalisme;
  • Memimpin organisasi ke arah kecemerlangan selari dengan objektif organisasi;

Tempoh Pengajian: 8 Semester (4 tahun)

Jumlah Kredit Untuk Penganugerahan Ijazah: 123 kredit

 

Prospek Kerjaya

 

Dengan latihan dan kemahiran yang baik dalam bidang ini graduan mampu untuk mentadbir dan menguruskan organisasi peruncitan dalam pelbagai bidang yang diceburi. Hasrat kerajaan untuk melahirkan usahawan graduan mampu tercapai menerusi pembabitan dan penglibatan graduan yang serius dipratikkan semasa graduan terlibat di dalam bidang ini. Pelbagai sektor pekerjaan yang meliputi agensi kerajaan dan swasta tersedia dalam bidang ini kepada graduan yang berminat dalam bidang pentadbiran peruncitan. Peluang kerjaya utama adalah mengendalikan satu perusahaan peruncitan yang sesuai untuk membangunkan enterprais kecil dan sederhana. Pengalaman dan juga ilmu yang dipelajari di peringkat universiti mampu menjadi bekalan dan panduan yang terbaik bagi graduan menguruskan sebuah organisasi peruncitan.

 

 

Jaringan Industri

                   

FKP@Media Sosial

 

CONTACT US

FAKULTI KEUSAHAWANAN DAN PERNIAGAAN

UNIVERSITI MALAYSIA KELANTAN

Kampus Kota, Karung Berkunci 36,

Pengkalan Chepa, 16100

Kota Bharu, Kelantan, Malaysia

Telephone: 609 7717251

Fax: 609 7717252

Visitor Counter

0417345
All days
417345

10.15%
26.86%
6.12%
2.26%
0.18%
54.44%
Lihat Artikel Hit
390780