Style Switcher

Layout options
  • Boxed Layout
  • Full Width Layout
Primary Color
Laman Web Rasmi Fakulti Keusahawanan dan Perniagaan
            

Sarjana Muda Keusahawanan (Perdagangan) dengan Kepujian

PENGENALAN

 SARJANA MUDA KEUSAHAWANAN (PERDAGANGAN) DENGAN KEPUJIAN

Program pengajian ini menjurus kepada usaha untuk melahirkan graduan yang berpengetahuan luas dalam bidang perniagaan termasuk pengeluaran, pemasaran, kewangan dan pengurusan sumber manusia di samping kompeten dalam kemahiran keusahawanan, khususnya untuk perniagaan kecil dan sederhana. Selaras dengan perkembangan globalisasi, program ini juga bertujuan untuk melahirkan graduan yang kompetatif, kreatif, innovatif, dan mempunyai keupayaan untuk terlibat di peringkat global, berfikiran terbuka, mempunyai personaliti yang boleh disesuaikan dengan keperluan masa depan serta menghadapi cabaran dalam perniagaan.

Objektif program ini adalah untuk melahirkan graduan yang memiliki ciri-ciri berikut:

  • Menguasai pengetahuan dalam bidang pengurusan dan keusahawanan yang boleh diaplikasikan dalam industri perdagangan;
  • Mengenal pasti, menilai dan merebut peluang perniagaan serta merealisasikan peluang tersebut dalam industri perdagangan;
  • Membuat keputusan secara kritis, kreatif dan berani meneroka kaedah penyelesaian yang inovatif dan unik;
  • Berkomunikasi dengan berkesan dalam tiga bahasa utama bisnes dan berkebolehan menggunakan ICT sebagai pengupaya;
  • Mengamalkan kerja secara berpasukan, memiliki kemahiran sosial dan membina jaringan keusahawanan;
  • Bertindak secara beretika berlandaskan garis panduan serta peraturan dan kehendak profesionalisme;
  • Memimpin organisasi ke arah kecemerlangan selari dengan objektif organisasi;
  • Meningkatkan tahap pendidikan dan kemahiran secara berterusan.

Tempoh Pengajian: 8 Semester (4 tahun)

Jumlah Kredit Untuk Penganugerahan Ijazah: 123 kredit

Prospek Kerjaya

Graduan yang memiliki Ijazah Sarjana Muda Keusahawanan (Perdagangan) dengan Kepujian mempunyai peluang kerjaya yang luas sama ada dalam bidang keusahawanan atau pengurus perniagaan. Graduan dilengkapi dengan ilmu pengetahuan serta kemahiran untuk memulakan sesuatu perniagaan atau perusahaan dalam pelbagai bidang. Dengan bantuan dan peluang yang disediakan oleh kerajaan dalam usaha menggalakkan usahawan muda, graduan mempunyai peluang yang cukup luas untuk menceburkan diri dalam keusahawanan. Selain memulakan karier sebagai seorang usahawan, graduan juga sesuai untuk memegang jawatan sebagai pengurus syarikat atau institusi awam atau swasta.

Dalam sektor perkhidmatan pula, graduan berupaya menjadi pakar rujuk atau jurulatih (trainer) dalam pembangunan keusahawanan, khususnya perusahaan kecil dan sederhana, sektor pelancongan dan hospitaliti.

Graduan juga sesuai untuk berkhidmat sebagai pendidik sama ada di sekolah awam, sekolah teknik, politeknik atau institusi pengajian tinggi dalam bidang yang berkaitan. Graduan juga berpeluang meneruskan pengajian ke peringkat pengajian siswazah di dalam negeri atau di luar negara.

 

 

Jaringan Industri

                   

FKP@Media Sosial

 

CONTACT US

FAKULTI KEUSAHAWANAN DAN PERNIAGAAN

UNIVERSITI MALAYSIA KELANTAN

Kampus Kota, Karung Berkunci 36,

Pengkalan Chepa, 16100

Kota Bharu, Kelantan, Malaysia

Telephone: 609 7717251

Fax: 609 7717252

Visitor Counter

0417339
All days
417339

10.15%
26.86%
6.12%
2.26%
0.18%
54.44%
Lihat Artikel Hit
390777