Style Switcher

Layout options
  • Boxed Layout
  • Full Width Layout
Primary Color
Laman Web Rasmi Fakulti Keusahawanan dan Perniagaan
            Image result for soaring upwards logo  Image result for logo negaraku

Kemudahan

 

ASRAMA

ASRAMA

kemudahan


UMK menyediakan kemudahan penginapan di dalam kampus kepada pelajar-pelajarnya di dalam tiga kolej kediaman/asrama. Terdapat asrama yang berlainan untuk pelajar lelaki dan perempuan. Pelajar lelaki adalah dilarang untuk memasuki asrama perempuan, dan begitu juga sebaliknya.

 

PERPUSTAKAAN

PERPUSTAKAAN

library

  • Pusat Pangkalan Data - Bagi menyediakan alternatif sumber maklumat kepada pengguna, pihak perpustakaan telah menyediakan satu pusat pangkalan data bagi maklumat yang dapat diakses melalui internet. Pusat Pangkalan Data tersebut mempunyai 26 buah terminal thin client untuk kegunaan para pengguna
  • Sewaan Loker - Bagi pengguna yang membawa barang yang dilarang untuk di bawa masuk ke dalam perpustakaan atau barang-barang berharga, pihak perpustakaan UMK menyediakan perkhidmatan sewaan loker bagi tujuan penyimpanan.
  • Fotokopi (Layan Diri) - Perpustakaan UMK juga menyediakan kemudahan fotostate secara layan diri. Kemudahan tersebut boleh digunakan oleh pengguna dengan membeli kad akses yang boleh di dapati di kaunter perpustakaan.
  • Self Check Out Terminal - Perpustakaan UMK menyediakan Self Check Out Terminal bagi memudahkan proses peminjaman bahan perpustakaan secara layan diri.
  • Book Drop - Pengguna juga boleh memulangkan bahan perpustakaan yang dipinjam melalui book drop yang beroperasi sepanjang masa.
  • Pengkalan Data - Pada awal Disember 2008, Perpustakaan UMK telah memperoleh pangkalan data Bernama Library Information Services (BLIS) yang dilanggan menerusi Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) Malaysia. BLIS adalah merupakan pangkalan data yang merangkumi berita-berita daripada Bernama.

 

MAKMAL KOMPUTER

MAKMAL KOMPUTER

Selaras dengan pembangunan UMK, setiap kampus kemudahan makmal pembelajaran yang dilengkapi dengan pelbagai kemudahan seperti bilik berhawa dingin dan ia turut dilengkapi dengan peralatan yang moden untuk menyokong pembelajaran yang kondusif.

 

 

PERKHIDMATAN BAS

PERKHIDMATAN BAS

bas

Pejabat HEPA menyediakan perkhidmatan bas berhawa dingin untuk kegunaan pelajar. Perkhidmatan percuma ini disediakan untuk perjalanan asrama pelajar ke kampus. Perkhidmatan bas tambahan juga disediakan untuk program semester khas, peperiksaan akhir dan juga semasa cuti semester bergantung kepada aktiviti pelajar.

PUSAT KESIHATAN / KLINIK

PUSAT KESIHATAN / KLINIK

klinik

Pusat Kesihatan Pelajar ditubuhkan bagi menyediakan perkhidmatan perubatan yang berkesan di kalangan pelajar. Pusat sehenti ini dilengkapi dengan Wad Pemerhatian, bahagian pesakit luar dan bilik perubatan kecemasan.

 

  

KAWALAN KESELAMATAN

KAWALAN KESELAMATAN

Keselamatan di Universiti adalah 24jam, termasuk rondaan biasa bagi memastikan keselamatan persekitaran Universiti. Di samping itu semua pintu Universiti adalah menggunakan Sistem kawalan yang memerlukan kad khas untuk mengakseskannya.

 

Jaringan Industri

                   

FKP@Media Sosial

 

CONTACT US

FAKULTI KEUSAHAWANAN DAN PERNIAGAAN

UNIVERSITI MALAYSIA KELANTAN

Kampus Kota, Karung Berkunci 36,

Pengkalan Chepa, 16100

Kota Bharu, Kelantan, Malaysia

Telephone: 609 7717251

Fax: 609 7717252

Visitor Counter

0260188
All days
260188

13.72%
37.52%
8.82%
3.47%
0.25%
36.23%
Lihat Artikel Hit
260207