Style Switcher

Layout options
  • Boxed Layout
  • Full Width Layout
Primary Color
Laman Web Rasmi Fakulti Keusahawanan dan Perniagaan
            Image result for soaring upwards logo  Image result for logo negaraku

PENGENALAN

Pengenalan

Fakulti Keusahawanan dan Perniagaan (FKP) merupakan salah satu daripada Fakulti awal yang ditubuhkan bersama dengan penubuhan Universiti Malaysia Kelantan.  Penubuhan Fakulti adalah selari dengan visi dan misi universiti yang menekankan kepada aspek keusahawanan sebagai teras. Sehubungan dengan itu, Fakulti ini menawarkan program-program pengajian keusahawanan dan perniagaan di samping membantu Fakulti lain dalam menerapkan unsur-unsur keusahawanan dalam setiap program pengajian yang ditawarkan.

Fakulti Keusahawanan dan Perniagaan ditubuhkan bertujuan untuk mengembangkan ilmu keusahawanan dan perniagaan yang boleh memberi manfaat kepada masyarakat dan negara, khususnya dalam pembangunan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS).  Fakulti ini juga diharap dapat melahirkan graduan profesional yang memenuhi keperluan dan kepentingan industri serta lengkap dengan pengetahuan dan kemahiran dalam bidang keusahawanan di samping kemahiran insaniah seperti kemahiran berkomunikasi, beritegriti, berdisiplin, berdaya saing, bertanggungjawab dan seterusnya menyumbang kepada pembangunan agama, masyarakat dan negara.

Seiring dengan pembangunan negara, Fakulti Keusahawanan dan Perniagaan bertanggungjawab mewujudkan pembangunan mampan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) yang merupakan penyumbang lebih daripada 60% kepada perkembangan ekonomi negara. Oleh itu, Fakulti Keusahawanan dan Perniagaan berhasrat menjadi Fakulti tersohor dalam bidang pengajian keusahawanan dan pembangunan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) di rantau ini.

Program pengajian yang ditawarkan oleh Fakulti Keusahawanan dan Perniagaan adalah seperti berikut :-

 Ijazah Sarjana Muda Keusahawanan (Perdagangan) dengan Kepujian

 Ijazah Sarjana Muda Keusahawanan (Peruncitan) dengan Kepujian

 Ijazah Sarjana Muda Keusahawanan (Logistik dan Perniagaan Pengedaran) dengan Kepujian

 Ijazah Sarjana Muda Keusahawanan dengan Kepujian(2u+2i)

 Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Perbankan Islam) dengan Kepujian

Visi dan Misi

VISI

Menjadi institusi fakulti peneraju dalam bidang pendidikan, penyelidikan, perundingan, penerbitan dan pembangunan keusahawanan

MISI

Menyemai semangat keusahawanan dalam kalangan masyarakat dalam dan luar kampus dengan matlamat untuk melahirkan masyarakat berorientasikan keusahawanan yang mampu menyumbang kepada penjanaan kesejahteraan negara

 

Nilai Teras

  • Berciri usahawan (berdikari,pro-aktif,kreatif,inovatif,dinamik,kental,berani mengambil risiko,perintis)
  • Profesionalisme (kesarjanaan,komited,kecemerlangan,satu tujuan,menghormati rakan sekerja,kerja berpasukan,bersegera dalam urusan)
  • Berintegriti ( bertanggungjawab,amanah,hormat,jujur,ikhlas,keterbukaan,jati diri
  • Berfokuskan pelanggan (khidmat pelanggan cemerlang,mendukung tanggungjawab social,dedikasi,perkongsian,mesra dan indah)

Objektif

- Meneroka dan mengembangkan ilmu keusahawanan dan pengurusan perniagaan melalui pengajaran, penyelidikan, penerbitan, perundingan dan perkhidmatan kepada masyarakat dan negara;

 - Melahirkan graduan bercirikan keusahawanan (Entrepreneurial Graduates) yang beretika, mempunyai nilai-nilai murni, berpengetahuan dan berkemahiran, berdaya maju, berdaya saing, kreatif dan inovatif serta berupaya menyumbang kepada pembagunan negara;

-  Menyediakan latihan dan kemahiran keusahawanan dan perniagaan bagi melahirkan graduan yang kompeten dalam sektor yang berkaitan dengan penghasilan modal insan untuk pembangunan negara; dan

-  Membina jaringan dan perkongsian bestari dengan organisasi dalam dan luar negara yang terlibat secara langsung dalam bidang keusahawanan dan perniagaan.

PIAGAM PELANGGAN

Menyediakan pendidikan keusahawanan yang berkualiti dengan menawarkan kurikulum yang relevan dan terkini,menyediakan fasiliti pengajaran dan pembelajaran yang moden dan mencukupi menggunakan pedagogi berorientasikan pelajar (csl) .menyediakan tenaga akademik yang berkelayakan dan terhadap tugas yang diamanahkan.

memberi perkhidmatan dan sokongan yang cekap dan berkesan.menawarkan sistem penasihatan akademik mesra pelajar..menjaga kebajikan pelajar dan membentuk sahsiah pelajar yang enterprising.

menyediakan persekitaran kerja yang kondusif lengkap dengan peralatan /fasiliti yang mencukupi..pembahagian amanah tugas secara saksama serta menggalakan pembangunan staf bagi meningkatkan potensi dan juga kompetensi.

menyediakan peluang perniagaan secara saksama kepada pembekal.Menguruskan perolehan mengikut mengikut prosedur kerja yang ditetapkan dan bersedia untuk memberi khidmat keusahawanan sosial kepada masyarakat.

memastikan semua inisiatif fakulti dilakasanakan dengan mengambil kira penggunaan sumber yang efisyen dan efektif ..menggalakkan pembangunan teknologi hijau dan mencapai tahap pencemaran sifar ke arah pembangunan alam sekitar secara lestari

 

Jaringan Industri

                   

FKP@Media Sosial

 

CONTACT US

FAKULTI KEUSAHAWANAN DAN PERNIAGAAN

UNIVERSITI MALAYSIA KELANTAN

Kampus Kota, Karung Berkunci 36,

Pengkalan Chepa, 16100

Kota Bharu, Kelantan, Malaysia

Telephone: 609 7717251

Fax: 609 7717252

Visitor Counter

0260166
All days
260166

13.72%
37.52%
8.82%
3.47%
0.25%
36.22%
Lihat Artikel Hit
260189