Style Switcher

Layout options
  • Boxed Layout
  • Full Width Layout
Primary Color
Laman Web Rasmi Fakulti Keusahawanan dan Perniagaan
            Image result for soaring upwards logo  Image result for logo negaraku

Aluan Dekan FKP

 00280A

Prof. Madya Dr. Mohd Rafi Bin Yaacob

Dekan Fakulti Keusahawanan dan Perniagaan

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera

Alhamdulillah, segala puji-pujian dan kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Allah S.W.T. kerana dengan limpah perkenan dan inayahNya, pihak Fakulti Keusahawanan dan Perniagaaan (FKP), Universiti Malaysia Kelantan (UMK) telah diberi peluang untuk mengadakan laman webnya sendiri sebagai medium interaksi dan hebahan antara pihak fakulti dengan pelajar, bakal pelajar, ibubapa, industri dan pihak berkepentingan lain.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih di atas kesudian anda semua menjadikan laman web  ini sebagai gerbang rujukan maklumat dalam aspek pentadbiran, program pengajian, kepakaran staf serta pelbagai kegiatan akademik dan bukan akademik di fakulti kami.

Selaras dengan mandat  yang diamanahkan kepada UMK sebagai sebuah universiti keusahawanan, FKP merupakan fakulti sulung yang ditubuhkan dengan visi untuk menjadi peneraju dalam bidang pendidikan keusahawanan dan perniagaan.

Di peringkat pengajian prasiswazah, kami menawarkan Ijazah Sarjana Muda Keusahawanan dengan Kepujian dan Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan dengan Kepujiaan dalam pelbagai bidang pengkhususan, termasuk perdagangan, pelancongan, hospitaliti, keusahawanan kesihatan, peruncitan, logistik dan perdagangan pengedaran serta perbankan dan kewangan Islam. Manakala di peringkat pengajian pascasiswazah (mod penyelidikan), kami menawarkan program Sarjana Keusahawanan dan Doktor Falsafah Keusahawanan.

Pihak kami bekerjasama rapat dengan pihak industri untuk menambah nilai kepada semua program pengajian yang ditawarkan di fakulti. Ini diperkuatkan lagi dengan pelbagai aktiviti penyelidikan, keusahawanan dan khidmat sosial yang direka bentuk secara khusus untuk memantapkan lagi nilai-nilai keusahawanan dalam kalangan pelajar kami.  

Semoga pelayaran anda di laman web ini akan menambahkan pengetahuan dan memberi pengalaman yang berguna sesuai dengan niat dan keperluan masing-masing. 

Selamat melayari.

PROFESOR MADYA DR. MOHD RAFI BIN YAACOB

Dekan Fakulti Keusahawanan dan Perniagaan

 

Jaringan Industri

                   

FKP@Media Sosial

 

CONTACT US

FAKULTI KEUSAHAWANAN DAN PERNIAGAAN

UNIVERSITI MALAYSIA KELANTAN

Kampus Kota, Karung Berkunci 36,

Pengkalan Chepa, 16100

Kota Bharu, Kelantan, Malaysia

Telephone: 609 7717251

Fax: 609 7717252

Visitor Counter

0260142
All days
260142

13.72%
37.53%
8.82%
3.47%
0.25%
36.22%
Lihat Artikel Hit
260168