Style Switcher

Layout options
  • Boxed Layout
  • Full Width Layout
Primary Color
Official Portal of Faculty Entrepreneurship and Business

About FKP

Faculty of Entrepreneurship and Business (FEB) is one of the earliest faculty established together with Universiti Malaysia Kelantan. The establishment of the faculty is in line with the vision and mission of the university which focusing on the entrepreneurship aspects as the core. Accordingly, the faculty offers entrepreneurship and business courses while aiding other faculties in exercising entrepreneurship elements in every program offered.

 CAKNAWAN-1-2015-images

Pengenalan

 

SARJANA MUDA KEUSAHAWANAN (PERDAGANGAN) DENGAN KEPUJIAN

Program pengajian ini menjurus kepada usaha untuk melahirkan graduan yang berpengetahuan luas dalam bidang perniagaan termasuk pengeluaran, pemasaran, kewangan dan pengurusan sumber manusia di samping kompeten dalam kemahiran keusahawanan, khususnya untuk perniagaan kecil dan sederhana. Selaras dengan perkembangan globalisasi, program ini juga bertujuan untuk melahirkan graduan yang kompetatif, kreatif, innovatif, dan mempunyai keupayaan untuk terlibat di peringkat global, berfikiran terbuka, mempunyai personaliti yang boleh disesuaikan dengan keperluan masa depan serta menghadapi cabaran dalam perniagaan.

Objektif program ini adalah untuk melahirkan graduan yang memiliki ciri-ciri berikut:

  • Menguasai pengetahuan dalam bidang pengurusan dan keusahawanan yang boleh diaplikasikan dalam industri perdagangan;
  • Mengenal pasti, menilai dan merebut peluang perniagaan serta merealisasikan peluang tersebut dalam industri perdagangan;
  • Membuat keputusan secara kritis, kreatif dan berani meneroka kaedah penyelesaian yang inovatif dan unik;
  • Berkomunikasi dengan berkesan dalam tiga bahasa utama bisnes dan berkebolehan menggunakan ICT sebagai pengupaya;
  • Mengamalkan kerja secara berpasukan, memiliki kemahiran sosial dan membina jaringan keusahawanan;
  • Bertindak secara beretika berlandaskan garis panduan serta peraturan dan kehendak profesionalisme;
  • Memimpin organisasi ke arah kecemerlangan selari dengan objektif organisasi;
  • Meningkatkan tahap pendidikan dan kemahiran secara berterusan.

Tempoh Pengajian: 8 Semester (4 tahun)

Jumlah Kredit Untuk Penganugerahan Ijazah: 123 kredit

Prospek Kerjaya

Graduan yang memiliki Ijazah Sarjana Muda Keusahawanan (Perdagangan) dengan Kepujian mempunyai peluang kerjaya yang luas sama ada dalam bidang keusahawanan atau pengurus perniagaan. Graduan dilengkapi dengan ilmu pengetahuan serta kemahiran untuk memulakan sesuatu perniagaan atau perusahaan dalam pelbagai bidang. Dengan bantuan dan peluang yang disediakan oleh kerajaan dalam usaha menggalakkan usahawan muda, graduan mempunyai peluang yang cukup luas untuk menceburkan diri dalam keusahawanan. Selain memulakan karier sebagai seorang usahawan, graduan juga sesuai untuk memegang jawatan sebagai pengurus syarikat atau institusi awam atau swasta.

Dalam sektor perkhidmatan pula, graduan berupaya menjadi pakar rujuk atau jurulatih (trainer) dalam pembangunan keusahawanan, khususnya perusahaan kecil dan sederhana, sektor pelancongan dan hospitaliti.

Graduan juga sesuai untuk berkhidmat sebagai pendidik sama ada di sekolah awam, sekolah teknik, politeknik atau institusi pengajian tinggi dalam bidang yang berkaitan. Graduan juga berpeluang meneruskan pengajian ke peringkat pengajian siswazah di dalam negeri atau di luar negara.

 

 

 

 

 

 

 

Struktur Kursus

Tahun

Semester 1

Semester 2

1

UBI1012       Bahasa Inggeris I

USK1012     Titas

USK1022     Hubungan Etnik

AFT 1013     Asas Keusahawanan

AFT1023      Asas Pengurusan

AFT1033      Ekonomi Mikro

UK*1_ _ 1    Ko Kurikulum I

 

Jumlah Kredit: 16 kredit

UBI1022        Bahasa Inggeris II

AFT1043       Asas Perakaunan

AFT1053       Prinsip Pemasaran 

AFT1093       Ekonomi Makro

AFT1103        Matematik Perniagaan

APT2013       Gelagat Usahawan

UK* 1_ _1     Ko Kurikulum II

AFT4012       SIEP*

 

Jumlah Kredit: 18 kredit

Tahun

Semester 3

Semester 4

2

UBI2022     Bahasa Inggeris untuk

                   Komunikasi Perniagaan

 AFT2013     Statistik Perniagaan

 AFT2073     Pengurusan Kewangan

 APT2023     Pengurusan Sumber

                     Manusia

 AFT3093     Keusahawanan Korporat

 ACS2013     Perdagangan Logistik &

                     Pengedaran

 

 

Jumlah Kredit : 17 kredit

USK1032      Falsafah Ilmu
AFT2083       Pengurusan Operasi
APT2053       Pengurusan dan Pembangunan
                      Enterprais Baru
APT2043       Aplikasi Teknologi Maklumat                               Dalam Perniagaan
ACS3053       Pengurusan Peruncitan &                                    Francais

ACS3023       Perdagangan Perkhidmatan

AFT4012        SIEP*

 

Jumlah Kredit: 17 kredit

Tahun

Semester 5

Semester 6

3

UB_ 2_ _2    Bahasa Asing I

APT2033      Undang-undang Perniagaan

APT3073      Kaedah Penyelidikan

APT3083      Keusahawanan Strategik

ACS3033     E-Dagang

ACS3073     Keusahawanan Teknologi

 

 

 

Jumlah Kredit : 17 kredit

UB_ 2_ _2     Bahasa Asing II

ACS3063       Keusahawanan Sosial 

 ACS3043       Agro Dagang

 ACS4103       Perdagangan Domestik &

                       Antarabangsa

ACS4112       Projek Penyelidikan Perdagangan (I)

**___3           Elektif Bebas I

AFT 4012      SIEP*

 

Jumlah Kredit : 16  kredit

Tahun

Semester 7

Semester 8

4

ACS4083      Isu Semasa Dalam Perdagangan 

ACS4093      Seminar Keusahawanan Perdagangan 

ACS4113      Projek Penyelidikan Perdagangan (II)

** ___3          Elektif Bebas II

 

Jumlah Kredit : 12 kredit

*Jumlah Kredit SIEP: 2 kredit

APT4098       Latihan Industri

 

 

 

 

 

 

Jumlah Kredit : 8  kredit

Kursus Pilihan: USK4012 Kemasyarakatan dan Pembangunan Ekonomi (2 kredit)

Jumlah Keseluruhan Jam Kredit: 123 kredit

 

 

 

CONTACT US

 

Universiti Malaysia Kelantan, Locked Bag 36,
Pengkalan Chepa, 16100 Kota Bharu, Kelantan.

Visitor Counter

0205140
All days
205140

15.12%
38.82%
9.47%
4.15%
0.30%
32.14%