Style Switcher

Layout options
  • Boxed Layout
  • Full Width Layout
Primary Color
Official Portal of Faculty Entrepreneurship and Business

About FKP

Faculty of Entrepreneurship and Business (FEB) is one of the earliest faculty established together with Universiti Malaysia Kelantan. The establishment of the faculty is in line with the vision and mission of the university which focusing on the entrepreneurship aspects as the core. Accordingly, the faculty offers entrepreneurship and business courses while aiding other faculties in exercising entrepreneurship elements in every program offered.

 CAKNAWAN-1-2015-images

Pengenalan

SARJANA MUDA KEUSAHAWANAN (KEUSAHAWANAN KESIHATAN) DENGAN KEPUJIAN

Program Sarjana Muda Pentadbiran Penjagaan Kesihatan ditubuhkan bermatlamat untuk menghasilkan usahawan graduan (entrepreneurial graduates) yang berdaya kreatif, mampu berfungsi secara profesional, beretika, dan bertindak selaras dengan tuntutan insaniah dalam sebarang bentuk persekitaran sama ada dalam arena tempatan mahu pun global. Pelajar akan didedahkan kepada industri penjagaan kesihatan yang sedang berkembang pesat seperti spa, gimnasium, butik kecantikan dan penjagaan makanan aspek gaya idup sihat.

Objektif program ini adalah untuk melahirkan graduan yang mempunyai kriteria seperti berikut:

  • Menguasai pengetahuan dalam bidang pengurusan dan keusahawanan yang boleh diaplikasikan dalam industri penjagaan kesihatan;
  • Mengenal pasti, menilai dan merebut peluang perniagaan serta merealisasikan peluang tersebut dalam industri penjagaan kesihatan;
  • Membuat keputusan secara kritis, kreatif dan berani meneroka kaedah penyelesaian yang inovatif dan unik;
  • Berkomunikasi dengan berkesan dalam tiga bahasa utama bisnes dan berkebolehan menggunakan ICT sebagai pengupaya;
  • Mengamalkan kerja secara berpasukan, memiliki kemahiran sosial dan membina jaringan keusahawanan;
  • Bertindak secara beretika berlandaskan garis panduan serta peraturan dan kehendak profesionalisme;
  • Memimpin organisasi ke arah kecemerlangan selari dengan objektif organisasi;
  • Meningkatkan tahap pendidikan dan kemahiran secara berterusan.

Tempoh Pengajian: 8 Semester (4 tahun)

Jumlah Kredit Untuk Penganugerahan Ijazah: 123 kredit

Prospek Kerjaya

Bidang kerjaya bagi graduan yang memiliki Ijazah Sarjana Muda Keusahawanan (KeusahawananKesihatan) dengan Kepujian adalah seperti berikut:-

  • Menjadi usahawan atau bekerja sendiri (minimum 10 peratus)
  • Bekerja dengan bisnes famili atau saudara-mara (usahawan pelapis)
  • Bekerja dengan sektor swasta atau awam (intrapreneur/corporate entrepreneur)

Bekerja dengan NGO (Social Entrepreneur)

 

 

 

Struktur Kursus

Tahun

Semester 1

Semester 2

1

UBI  1012     Bahasa Inggeris I

USK 1012    Titas

USK 1022    Hubungan Etnik

AFT 1013     Asas Keusahawanan

AFT 1023     Asas Pengurusan

AFT 1033     Ekonomi Mikro

UK*1_ _ 1    Ko Kurikulum I

 

Jumlah Kredit: 16 kredit

UBI  1022      Bahasa Inggeris II

AFT 1043      Asas Perakaunan

AFT 1053      Prinsip Pemasaran 

AFT 1093      Ekonomi Makro

AFT 1103       Matematik Perniagaan

APT 2013      Gelagat Usahawan

UK* 1_ _1     Ko Kurikulum II

AFT4012       SIEP*

Jumlah Kredit: 18 kredit

Tahun

Semester 3

Semester 4

2

UBI 2022       Bahasa Inggeris untuk  

                      Komunikasi Perniagaan

 AFT 2013       Statistik Perniagaan

 AFT 2073       Pengurusan Kewangan

 APT 2023       Pengurusan Sumber

                        Manusia

 AFT 3093       Keusahawanan Korporat

 AWS2013       Pengenalan Kepada

                        Industri Penjagaan

                        Kesihatan

Jumlah Kredit : 17 kredit

USK1032      Falsafah Ilmu
AFT 2083      Pengurusan Operasi
APT 2053      Pengurusan dan Pembangunan
                      Enterprais Baru
APT 2043      Aplikasi Teknologi Maklumat                                 Dalam Perniagaan

 AWS 2023     Fisiologi Manusia dan Kesihatan

AWS 2033     Pemakanan dan Kesihatan

AFT4012       SIEP*

  

Jumlah Kredit: 17 kredit

Tahun

Semester 5

Semester 6

3

UB_ 2_ _2    Bahasa Asing I

APT2033      Undang-undang Perniagaan

APT 3073     Kaedah Penyelidikan

APT 3083     Keusahawanan Strategik

AWS 2043    Fisioterapi dan

                     Senaman Kesihatan

AWS 3053    Gelagat Pengguna dalam Industri Kesihatan

 

Jumlah Kredit : 17 kredit

UB_ 2_ _2     Bahasa Asing II

AWS 3063     Perubatan Tradisional dan

                      Komplementari

AWS 3073     Pengurusan Spa danAromaterapi

AWS 4083     Isu Semasa dalam  Kesihatan

AWS 4112     Projek Penyelidikan Keusahawanan Kesihatan (I)

**___3           Elektif Bebas I

AFT 4012      SIEP*

Jumlah Kredit : 16  kredit

Tahun

Semester 7

Semester 8

4

AWS 4093     Seminar Keusahawanan Kesihatan

AWS 4103     Pengurusan Rumah

                      Penjagaan Kesihatan

AWS 4113     Projek Penyelidikan Keusahawanan Kesihatan (II)

** ___3          Elektif Bebas II

 

Jumlah Kredit : 12 kredit

*Jumlah Kredit SIEP: 2 kredit

APT 4098      Latihan Industri

 

 

 

 



Jumlah Kredit : 8  kredit

Kursus Pilihan: USK4012           Kemasyarakatan dan Pembangunan Ekonomi (2 kredit)

Jumlah Keseluruhan Jam Kredit: 123 kredit

CONTACT US

 

Universiti Malaysia Kelantan, Locked Bag 36,
Pengkalan Chepa, 16100 Kota Bharu, Kelantan.

Visitor Counter

0198365
All days
198365

15.18%
39.19%
9.50%
4.27%
0.31%
31.55%