Style Switcher

Layout options
  • Boxed Layout
  • Full Width Layout
Primary Color
Official Portal of Faculty Entrepreneurship and Business

About FKP

Faculty of Entrepreneurship and Business (FEB) is one of the earliest faculty established together with Universiti Malaysia Kelantan. The establishment of the faculty is in line with the vision and mission of the university which focusing on the entrepreneurship aspects as the core. Accordingly, the faculty offers entrepreneurship and business courses while aiding other faculties in exercising entrepreneurship elements in every program offered.

 CAKNAWAN-1-2015-images

Pengenalan

SARJANA MUDA KEUSAHAWANAN (PELANCONGAN) DENGAN KEPUJIAN

Program ini memfokuskan kepada objektif untuk melahirkan graduan yang mempunyai pemahaman yang luas mengenai semua bidang fungsian pengurusan pelancongan di samping dapat mengenalpasti, meneroka dan merebut peluang dan ruang perniagaan serta berani merealisasikan peluang dalam bidang industri tersebut secara global. Penekanan diberikan kepada kebolehan berkomunikasi dalam berbagai bahasa utama bisnes dengan cara yang berkesan dan keupayaan mentaksir dan prihatin akan potensi ekonomi, eko-pelancongan, sosio-budaya dalam amalan keusahawanan dan meningkatkan profesionalisme dengan cara menghormati sikap, kebolehan dan kepercayaan warga pelancong juga sanggup memimpin demi menjayakan matlamat dan dasar industri pelancongan negara di kalangan graduan.

Objektif program ini adalah untuk melahirkan graduan yang mempunyai kriteria seperti berikut:

  • Menguasai pengetahuan dalam bidang pengurusan dan keusahawanan yang boleh diaplikasikan dalam industri pelancongan;
  • Mengenal pasti, menilai dan merebut peluang perniagaan serta merealisasikan peluang tersebut dalam industri pelancongan;
  • Membuat keputusan secara kritis, kreatif dan berani meneroka kaedah penyelesaian yang inovatif dan unik;
  • Berkomunikasi dengan berkesan dalam tiga bahasa utama bisnes dan berkebolehan menggunakan ICT sebagai pengupaya;
  • Mengamalkan kerja secara berpasukan, memiliki kemahiran sosial dan membina jaringan keusahawanan;
  • Bertindak secara beretika berlandaskan garis panduan serta peraturan dan kehendak profesionalisme
  • Memimpin organisasi ke arah kecemerlangan selari dengan objektif organisasi;

Meningkatkan tahap pendidikan dan kemahiran secara berterusan.

Tempoh Pengajian : 8 Semester (4 tahun)

Jumlah Kredit Untuk Penganugerahan Ijazah: 123 kredit

Prospek Kerjaya

Graduan yang memiliki Ijazah Sarjana Muda Keusahawanan (Pelancongan) dengan Kepujian pula graduan mempunyai peluang kerjaya sebagai usahawan Agensi Pelancongan, Pengurus Hotel, Pengurus Chalet & Resort, Pengurus Pelancongan dan Pemandu Pelancong Bertauliah. Graduan dilengkapi dengan ilmu pengetahuan serta kemahiran untuk memulakan sesuatu perniagaan atau perusahaan dalam pelbagai bidang. Dengan bantuan dan peluang yang disediakan oleh kerajaan dalam usaha menggalakkan usahawan muda, graduan mempunyai peluang yang cukup luas untuk menceburkan diri dalam keusahawanan. Selain memulakan karier sebagai seorang usahawan, graduan juga sesuai untuk memegang jawatan sebagai pengurus syarikat atau institusi awam atau swasta.

 

Struktur Kursus

 

Tahun

Semester 1

Semester 2

1

UBI  1012     Bahasa Inggeris I

USK 1012    Titas

USK 1022    Hubungan Etnik

AFT 1013     Asas Keusahawanan

AFT 1023     Asas Pengurusan

AFT 1033     Ekonomi Mikro

UK*1_ _ 1    Ko Kurikulum I

 

 

Jumlah Kredit: 16 kredit

UBI  1022      Bahasa Inggeris II

AFT 1043      Asas Perakaunan

AFT 1053      Prinsip Pemasaran 

AFT 1093      Ekonomi Makro

AFT 1103        Matematik Perniagaan

APT 2013      Gelagat Usahawan

UK* 1_ _1     Ko Kurikulum II

AFT4012       SIEP*

 

Jumlah Kredit: 18 kredit

Tahun

Semester 3

Semester 4

2

UBI 2022      Bahasa Inggeris untuk                          Komunikasi Perniagaan

  AFT 2013     Statistik Perniagaan

  AFT 2073     Pengurusan Kewangan

  APT 2023     Pengurusan Sumber Manusia

  AFT 3093     Keusahawanan Korporat

  ATS 2013     Pengenalan kepada Industri Pelancongan

 

 

Jumlah Kredit : 17 kredit

USK1032      Falsafah Ilmu
AFT 2083     Pengurusan Operasi
APT 2053     Pengurusan dan Pembangunan
                     Enterprais Baru
APT 2043     Aplikasi Teknologi Maklumat
                     Dalam Perniagaan

ATS 3023     Pengurusan Acara

ATS 3033     Pembangunan Produk

                     Pelancongan

AFT4012      SIEP*

 

Jumlah Kredit: 17 kredit

Tahun

Semester 5

Semester 6

3

UB_ 2_ _2     Bahasa Asing I

APT2033       Undang-undang Perniagaan

APT 3073     Kaedah Penyelidikan

APT 3083     Keusahawanan Strategik

ATS3043      Gelagat Pengguna dalam Pelancongan

ATS 3053     Pengurusan Pengembaraan dan Perjalanan


Jumlah Kredit : 17 kredit

UB_ 2_ _2     Bahasa Asing II

ATS 3063     Pengurusan Senggang dan   Rekreasi

ATS 4083     Isu Semasa dalam Pelancongan

ATS 3073     Ekopelancongan

ATS 4112      Projek Penyelidikan Pelancongan (I)

**___3           Elektif Bebas I

AFT 4012       SIEP*

  

Jumlah Kredit : 16  kredit

Tahun

Semester 7

Semester 8

4

ATS 4103     Pelancongan Budaya dan Warisan

ATS 4093     Seminar Keusahawanan dan Pelancongan

ATS 4113     Projek Penyelidikan Pelancongan (II)

** ___3         Elektif Bebas II

 

Jumlah Kredit : 12 kredit

*Jumlah Kredit SIEP: 2 kredit

APT 4098      Latihan Industri

 

 

 

 

 

 

Jumlah Kredit : 8  kredit

Kursus Pilihan: USK4012  Kemasyarakatan dan Pembangunan Ekonomi (2 kredit)

Jumlah Keseluruhan Jam Kredit: 123 kredit

CONTACT US

 

Universiti Malaysia Kelantan, Locked Bag 36,
Pengkalan Chepa, 16100 Kota Bharu, Kelantan.

Visitor Counter

0205141
All days
205141

15.12%
38.82%
9.47%
4.15%
0.30%
32.14%