Style Switcher

Layout options
  • Boxed Layout
  • Full Width Layout
Primary Color
Official Portal of Faculty Entrepreneurship and Business
roy

roy

Email: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Assalamualaikum w.b.t. dan Salam Sejahtera,

TAWARAN MENJALANI LATIHAN INDUSTRI BERSAMA SUKARELAWAN MALAYSIA DAN PEJABAT PERDANA MENTERI

2. Sukacita dimaklumkan bahawa pihak Sukarelawan Malaysia dengan kerjasama Jabatan Perdana Menteri menjemput para siswa/i di Universiti Awam (UA) dan Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS) bagi menyertai latihan industri bersama Sukarelawan Malaysia dan Jabatan Perdana Menteri.

3. Kelayakan yang diperlukan bagi pemohon ialah memiliki sijil akademik sekurang-kurangnya di peringkat Diploma dan ke atas manakala elaun di antara RM300 hingga 900 sebulan disediakan selama tempoh latihan industri berlangsung, bergantung kepada kelayakan dan pengalaman pemohon. Pemohon juga berpeluang DISERAP MASUK SEBAGAI STAF PEJABAT PERDANA MENTERI.

4. Permohonan boleh dibuat dengan menghantar dokumen-dokumen berikut menerusi e-mel kepada Pn.Razelaini Zin (This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.) iaitu:

a. Resume;

b. Dua esei:

i. "Sumbangan terbesar saya kepada kesukarelawanan dan khidmat awam (maksimum 1,000 patah perkataan)";

ii. "Mengapa saya mahu menjalani latihan industri bersama Sukarelawan Malaysia dan Pejabat Perdana Menteri" (maksimum 1,000 patah perkataan).

5. Tarikh tutup permohonan ialah sebelum atau pada 13 November 2016 (Ahad) Jam 5.00 Petang.

Sekian, harap maklum.

Program Prime Entrepreneurial Lecture Series (PELS) adalah program sokongan pembelajaran yang dianjurkan oleh Fakulti Keusahawanan dan Perniagaan (FKP), Universiti Malaysia Kelantan (UMK). Ia bertujuan untuk mendedahkan para pelajar kepada amalan strategi keusahawanan terkini seperti yang diamalkan oleh para usahawan berjaya.

Program ini juga bertujuan membuka minda pelajar kepada pemikiran yang lebih terbuka, kreatif dan inovatif melalui pengetahuan dan pengalaman yang dikongsi oleh penceramah jemputan.

Ia dilaksanakan dalam bentuk ceramah tidak formal yang bersifat perkongsian ilmu khusus untuk manfaat para pelajar. Tajuk ceramah adalah bebas dan kebiasaanya ia ditentukan oleh penceramah jemputan. Walaubagaimanpun, ia haruslah berkaitan dengan bidang keusahawanan sejajar dengan teras UMK sebagai sebuah Universiti keusahawanan.

Pada tahun 2015, pihak Fakulti telah berjaya menganjurkan 5 siri program ini sebagaimana yang dinyatakan dalam jadual di bawah:

Bil.

Siri / Tarikh

Penceramah

Tajuk

1

Siri 01/           11 Okt. 2015

En. Wan Mohd Ariff Rashidin b. Wan Jusoh, Pengarah Urusan Hasriff Ice, Besut

Meneroka Peluang Kerjaya dan Cabaran Dalam Bidang Peruncitan

2

Siri 02/           13 Okt. 2015

Encik Vincent Choong (Penolong Pengurus), Jabatan Pendidikan & Latihan, Malaysian Financial Planning Council (MFPC)

Meneroka Kerjaya Profesional Dalam Bidang Kewangan dan Perbankan

3

Siri 03/           15 Okt. 2015

Dr. Yasmeen Farouk Mohamed, Pakar Perubatan Holistik Bebas

Holistic Medicine: Prevention and Cure of Illnesses

4

Siri 04/             3 Nov. 2015

En. Hafizzul Hashimi bin Dato’ Ismail, Pengarah Urusan, PowerMic Emcee & Consultancy

Using The Force: The Event Planners Awaken

5

Siri 05/             1 Dis. 2015

Encik Zulhisam bin Wahid

Pengurus, One Stop Nursing Care Centre                 

“Hospitality in Healthcare: Service Beyond Treatment”

Majlis Makan Malam Graduan Fakulti Keusahawanan dan Perniagaan 2015 telah diadakan pada 5 Disember 2015 bertempat di Dewan Keusahawanan UMK bersempena dengan majlis Istiadat Konvokesyen Ke-5 Universiti Malaysia Kelantan.

Majlis makan malam ini diadakan buat julung kalinya di peringkat fakulti bagi meraikan para graduan Fakulti Keusahawanan dan Perniagaan (FKP) yang telah menamatkan pengajian masing-masing dengan jayanya. Majlis makan malam yang bertemakan “Black and White Masquerade Ball” ini telah berjaya menarik minat sebilangan besar staf akademik dan bukan akademik FKP untuk bersama-sama memeriahkan majlis bagi meraikan para graduan tersebut.  

Pada majlis itu Dekan FKP, Prof. Dr. Mohd Rosli Mohamad telah memulakan majlis dengan kata-kata aluan beliau. Pelbagai input telah disampaikan kepada para hadirin antaranya ialah mengenai maklumat berkaitan graduan UMK. Menurut Prof. Dr. Mohd Rosli, secara keseluruhannya seramai 1062 orang graduan UMK telah bergraduat sempena dengan Istiadat Konvokesyen Ke-5 kali ini manakala 410 orang daripadanya merupakan graduan FKP. Tambah beliau lagi, keseluruhan jumlah graduan kelas pertama adalah seramai 24 orang dimana FKP telah berjaya menghasilkan 7 orang daripada jumlah tersebut.

Dalam majlis tersebut juga, kumpulan kebudayaan UMK Le Waris Dance telah mempersembahkan beberapa buah tarian yang amat menarik dimana keseluruhan tetamu yang hadir berasa begitu terhibur. Turut membuat persembahan adalah beberapa orang staf pentadbiran daripada FKP sendiri iaitu Encik Mohd Afiq bin Mohd Nawi dan Cik Nurfarahin binti Zamri. Disamping menjamu selera dengan hidangan yang enak, para tetamu juga telah terpukau dengan alunan suara lunak serta persembahan menghiburkan yang disampaikan oleh kesemua penghibur pada malam itu.

Selain itu, beberapa kategori anugerah juga telah disampaikan oleh tetamu kehormat majlis iaitu Dekan, Timbalan Dekan serta Ketua- ketua Jabatan di FKP. Diantaranya ialah Anugerah Khas FKP yang telah dianugerahkan kepada graduan FKP mengikut kategori seperti Kategori Sukan kepada saudara Mohd Zahid Zolkepli, Kategori Kebudayaan kepada saudara Iqbal Murad Mohd Nor dan Kategori Keusahawanan kepada saudari Fatin Hananisebagai tanda penghargaan diatas pencapaian cemerlang mereka sepanjang pengajian di UMK. Manakala Anugerah Wefie, Anugerah Prom King, Anugerah Prom Queen serta beberapa cabutan bertuah juga telah diberikan kepada graduan yang terpilih. 

Bagi melahirkan staf yang seimbang dari segi mental, emosi dan fizikal,  pelbagai aktiviti berfaedah boleh dijalankan melalui kegiatan kelab dan persatuan. Justeru itu, FKP telah melangkah setapak lagi dengan tertubuhnya kelab badminton staf FKP yang dikenali sebagai FKP Smash Club (FSC). Inisiatif ini merupakan merupakan platfom utama dalam melahirkan staf yang cemerlang dalam pelbagai bidang dan tidak tertumpu pada hubungan yang baik di persekitaran tempat kerja sahaja. Menurut presiden FSC, PM Dr. Mohammad Ismail “Kelab badminton ini akan bernaung dibawah payung FKP dan ini relevan dengan seruan kerajaan agar staf bergiat di bidang sukan disamping memupuk semangat muhibah dan persefahaman diantara Staf”. Rentetan daripada tertubuhnya FSC, satu kejohanan badminton tertutup telah diadakan dan ini merupakan kejohanan buat julung kalinya yang dianjurkan oleh FKP Smash Club (FSC). Kejohanan ini telah diadakan pada 15 Disember 2015 di Shape Up Sport Centre Kawasan Perusahaan Pengkalan Chepa II, Kota Bharu dan telah menerima lebih daripada 30 penyertaan yang dipecahkan kepada 2 kategori (Lelaki dan Wanita).  Mengulas lanjut berkenaan penganjuran kejohanan ini, Prof. Dr. Mohd Rosli Mohamad yang juga bertindak sebagai Penaung FSC “ Saya amat berharap semoga semangat dan usaha untuk mengadakan kejohanan ini berterusan dan menjadi antara lonjakan utama dalam menyatukan ikatan ukhwan warga FKP”

Berikut merupakan keputusan sepanjang kejohanan tersebut:

Kategori Lelaki:

Johan  : PM Dr. Mohammad Ismail & En. Anuar Ismail

N.Johan: Dr. Mohd Asrul Hery Ibrahim & En. Mohd Afifie Mohd Alwi

Ketiga : Dr. Nazri Zakaria & En. Mohd Rushdan Yasoa’

Keempat: En. Mohd Khairy Kamaruddin & En. Mohd Safwan Ghazali

Kategori Wanita:

Johan  : Pn. Siti Nabilah Mohd Rosdi & Pn. Azira Hanani Abd Rahman

N.Johan: Cik Nur Farihin Abd Hadi Khan & Cik Azimah Ahmad

Ketiga : Cik Azlinda Shazneem Md Shuaib & Pn. Nik Madeeha Munir

Keempat: Cik Nor Asma Ahmad & Cik Nurul Aziah Ahmad

Tuesday, 17 May 2016 00:00

KARNIVAL JOM SIHAT 2.0

Karnival Jom Sihat 2.0 telah diadakan pada 24 November 2015 oleh Pelajar Tahun 2, Sarjana Muda

Keusahawanan (Keusahawanan Kesihatan) denga kerjasama Fakulti Keusahawanan dan Perniagaan.

Program ini bertujuan untuk memberi kesedaran tentang penjagaan kesihatan dan pemakanan sihat

serta pengamalan gaya hidup sihat oleh seluruh warga Universiti Malaysia Kelantan. Di bawah seliaan

Puan Nurul Hafizah Mohd Yasin, program ini telah diadakan kali ke-2 di kampus kota, Universiti Malaysia

Kelantan.

Antara aktiviti menarik dalam program ini adalah kempen derma darah oleh pihak Hospital Raja

Perempuan Zainab II, Pemeriksaan Buah Pinggang oleh Yayasan Buah Pinggang Kebangsaan,

Pemeriksaan kesihatan oleh Hospital Pakar Perdana dan Lembaga Penduduk dan Pembangunan

Keluarga Negara (LPPKN), Pameran kesihatan dan ubat-ubatan oleh bahagian Farmasi, Agensi Anti

Dadah Kebangsaan serta PROSTAR. Selain itu, Seminar Pengurusan Berat Badan Ideal telah diadakan di

Dewan Terbuka Keusahawanan pada jam 9 pagi hingga jam 12 tengah hari. Hampir 200 orang pelajar

telah memenuhi dewan untuk menyertai seminar ini.

Gerai jualan juga telah mendapat sambutan yang menggalakkan dari pihak peniaga mahupun pelanggan

di mana aktiviti jualan ini telah diadakan selama tiga hari bermula pada 22 November 2015. Antaranya

ialah jualan makanan dan minuman, cenderamata untuk konvokesyen serta jualan barangan kosmetik

dan pakaian. Selain itu, pelbagai pertandingan dan permainan telah diadakan seperti pertandingan

selfie paling comel serta permainan balingan anak panah ke belon dan cantuman puzzle.

Selain memberi manfaat dari sudut kesedaran kesihatan kepada warga UMK, pelajar yang

mengendalikan program ini telah menimba banyak pengalaman dari segi pengurusan acara berbentuk

kesihatan dan juga keusahawanan. Mereka telah berjaya mengendalikan program ini tanpa sebarang

dana daripada fakulti. Usaha pelajar-pelajar ini telah menjana keuntungan bersih hampir tiga ribu

ringgit. Usaha gigih mereka perlulah menjadi contoh kepada rakan-rakan yang lain.

Karnival Jom Sihat ini telah diakhiri dengan Majlis Penutup dan Majlis Penyampaian Hadiah kepada

pemenang oleh Penyelaras Program, Encik Firdaus Bin Mohd Nasir. Pihak Karnival merakamkan jutaan

terima kasih terutamanya kepada pihak Fakulti Keusahawanan dan Perniagaan kerana memberi peluang

untuk mengadakan program sebegini serta kepada seluruh warga UMK dan agensi-agensi yang terlibat.

Sesungguhnya, mencegah itu lebih baik dari merawat. Jom kita sihat!.

Page 1 of 2

CONTACT US

Universiti Malaysia Kelantan, Locked Bag 36,
Pengkalan Chepa, 16100 Kota Bharu, Kelantan.

Visitor Counter

0205157
All days
205157

15.12%
38.81%
9.47%
4.15%
0.30%
32.14%