Style Switcher

Layout options
  • Boxed Layout
  • Full Width Layout
Primary Color
Official Portal of Faculty Entrepreneurship and Business
Tuesday, 17 May 2016 00:00

Majlis Makan Malam Graduan Fakulti Keusahawanan dan Perniagaan 2015

Written by 
Rate this item
(0 votes)

Majlis Makan Malam Graduan Fakulti Keusahawanan dan Perniagaan 2015 telah diadakan pada 5 Disember 2015 bertempat di Dewan Keusahawanan UMK bersempena dengan majlis Istiadat Konvokesyen Ke-5 Universiti Malaysia Kelantan.

Majlis makan malam ini diadakan buat julung kalinya di peringkat fakulti bagi meraikan para graduan Fakulti Keusahawanan dan Perniagaan (FKP) yang telah menamatkan pengajian masing-masing dengan jayanya. Majlis makan malam yang bertemakan “Black and White Masquerade Ball” ini telah berjaya menarik minat sebilangan besar staf akademik dan bukan akademik FKP untuk bersama-sama memeriahkan majlis bagi meraikan para graduan tersebut.  

Pada majlis itu Dekan FKP, Prof. Dr. Mohd Rosli Mohamad telah memulakan majlis dengan kata-kata aluan beliau. Pelbagai input telah disampaikan kepada para hadirin antaranya ialah mengenai maklumat berkaitan graduan UMK. Menurut Prof. Dr. Mohd Rosli, secara keseluruhannya seramai 1062 orang graduan UMK telah bergraduat sempena dengan Istiadat Konvokesyen Ke-5 kali ini manakala 410 orang daripadanya merupakan graduan FKP. Tambah beliau lagi, keseluruhan jumlah graduan kelas pertama adalah seramai 24 orang dimana FKP telah berjaya menghasilkan 7 orang daripada jumlah tersebut.

Dalam majlis tersebut juga, kumpulan kebudayaan UMK Le Waris Dance telah mempersembahkan beberapa buah tarian yang amat menarik dimana keseluruhan tetamu yang hadir berasa begitu terhibur. Turut membuat persembahan adalah beberapa orang staf pentadbiran daripada FKP sendiri iaitu Encik Mohd Afiq bin Mohd Nawi dan Cik Nurfarahin binti Zamri. Disamping menjamu selera dengan hidangan yang enak, para tetamu juga telah terpukau dengan alunan suara lunak serta persembahan menghiburkan yang disampaikan oleh kesemua penghibur pada malam itu.

Selain itu, beberapa kategori anugerah juga telah disampaikan oleh tetamu kehormat majlis iaitu Dekan, Timbalan Dekan serta Ketua- ketua Jabatan di FKP. Diantaranya ialah Anugerah Khas FKP yang telah dianugerahkan kepada graduan FKP mengikut kategori seperti Kategori Sukan kepada saudara Mohd Zahid Zolkepli, Kategori Kebudayaan kepada saudara Iqbal Murad Mohd Nor dan Kategori Keusahawanan kepada saudari Fatin Hananisebagai tanda penghargaan diatas pencapaian cemerlang mereka sepanjang pengajian di UMK. Manakala Anugerah Wefie, Anugerah Prom King, Anugerah Prom Queen serta beberapa cabutan bertuah juga telah diberikan kepada graduan yang terpilih. 

Read 1491 times Last modified on Tuesday, 17 May 2016 13:44
roy

CONTACT US

 

Universiti Malaysia Kelantan, Locked Bag 36,
Pengkalan Chepa, 16100 Kota Bharu, Kelantan.

Visitor Counter

0198357
All days
198357

15.18%
39.20%
9.50%
4.27%
0.31%
31.55%