Style Switcher

Layout options
  • Boxed Layout
  • Full Width Layout
Primary Color
Official Portal of Faculty Entrepreneurship and Business
Tuesday, 17 May 2016 00:00

KARNIVAL JOM SIHAT 2.0

Written by 
Rate this item
(0 votes)

Karnival Jom Sihat 2.0 telah diadakan pada 24 November 2015 oleh Pelajar Tahun 2, Sarjana Muda

Keusahawanan (Keusahawanan Kesihatan) denga kerjasama Fakulti Keusahawanan dan Perniagaan.

Program ini bertujuan untuk memberi kesedaran tentang penjagaan kesihatan dan pemakanan sihat

serta pengamalan gaya hidup sihat oleh seluruh warga Universiti Malaysia Kelantan. Di bawah seliaan

Puan Nurul Hafizah Mohd Yasin, program ini telah diadakan kali ke-2 di kampus kota, Universiti Malaysia

Kelantan.

Antara aktiviti menarik dalam program ini adalah kempen derma darah oleh pihak Hospital Raja

Perempuan Zainab II, Pemeriksaan Buah Pinggang oleh Yayasan Buah Pinggang Kebangsaan,

Pemeriksaan kesihatan oleh Hospital Pakar Perdana dan Lembaga Penduduk dan Pembangunan

Keluarga Negara (LPPKN), Pameran kesihatan dan ubat-ubatan oleh bahagian Farmasi, Agensi Anti

Dadah Kebangsaan serta PROSTAR. Selain itu, Seminar Pengurusan Berat Badan Ideal telah diadakan di

Dewan Terbuka Keusahawanan pada jam 9 pagi hingga jam 12 tengah hari. Hampir 200 orang pelajar

telah memenuhi dewan untuk menyertai seminar ini.

Gerai jualan juga telah mendapat sambutan yang menggalakkan dari pihak peniaga mahupun pelanggan

di mana aktiviti jualan ini telah diadakan selama tiga hari bermula pada 22 November 2015. Antaranya

ialah jualan makanan dan minuman, cenderamata untuk konvokesyen serta jualan barangan kosmetik

dan pakaian. Selain itu, pelbagai pertandingan dan permainan telah diadakan seperti pertandingan

selfie paling comel serta permainan balingan anak panah ke belon dan cantuman puzzle.

Selain memberi manfaat dari sudut kesedaran kesihatan kepada warga UMK, pelajar yang

mengendalikan program ini telah menimba banyak pengalaman dari segi pengurusan acara berbentuk

kesihatan dan juga keusahawanan. Mereka telah berjaya mengendalikan program ini tanpa sebarang

dana daripada fakulti. Usaha pelajar-pelajar ini telah menjana keuntungan bersih hampir tiga ribu

ringgit. Usaha gigih mereka perlulah menjadi contoh kepada rakan-rakan yang lain.

Karnival Jom Sihat ini telah diakhiri dengan Majlis Penutup dan Majlis Penyampaian Hadiah kepada

pemenang oleh Penyelaras Program, Encik Firdaus Bin Mohd Nasir. Pihak Karnival merakamkan jutaan

terima kasih terutamanya kepada pihak Fakulti Keusahawanan dan Perniagaan kerana memberi peluang

untuk mengadakan program sebegini serta kepada seluruh warga UMK dan agensi-agensi yang terlibat.

Sesungguhnya, mencegah itu lebih baik dari merawat. Jom kita sihat!.

Read 1437 times Last modified on Tuesday, 17 May 2016 13:42
roy

CONTACT US

 

Universiti Malaysia Kelantan, Locked Bag 36,
Pengkalan Chepa, 16100 Kota Bharu, Kelantan.

Visitor Counter

0210729
All days
210729

14.89%
38.69%
9.43%
4.08%
0.30%
32.61%