Style Switcher

Layout options
  • Boxed Layout
  • Full Width Layout
Primary Color
Official Portal of Faculty Entrepreneurship and Business

Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Perbankan dan Kewangan Islam) dengan Kepujian

Pengenalan

SARJANA MUDA PENTADBIRAN PERNIAGAAN (PERBANKAN DAN KEWANGAN ISLAM) DENGAN KEPUJIAN

Program pengajian ini memfokuskan kepada perbankan dan kewangan Islam. Program yang direkabentuk dan dicadangkan penawarannya mempunyai kelainan daripada Pentadbiran Perniagaan Kewangan oleh IPTA dan IPTS yang lain kerana ia mempunyai “niche” yang tersendiri. Kaedah pembelajaran menggunakan pendekatan yang holistik iaitu penggunaan kaedah pembelajaran yang berasaskan hasil (outcome based learning) dan permasalahan serta pendekatan pembelajaran “dalam industri” dijangka akan dapat memberi pengalaman sebenar kepada pelajar. Program ini akan dapat membantu universiti merealisasi kejayaan agenda pembangunan modal insan yang berdaya saing, produktif dan berinovasi sepertimana yang dihasratkan oleh Kerajaan melalui Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10).

Objektif program ini adalah untuk melahirkan graduan yang memiliki ciri-ciri berikut:

  • Menguasai pengetahuan dalam bidang pengurusan perbankan dan kewangan islam yang boleh diaplikasikan dalam bidang berkenaan;
  • Mengaplikasikan teknologi terkini (software & hardware) dalam operasi perbankan dan kewangan Islam;
  • Berkomunikasi dengan berkesan dalam tiga bahasa utama bisnes dan berkebolehan menggunakan ICT sebagai pengupaya;
  • Membuat keputusan secara kritis, kreatif dan berani meneroka kaedah penyelesaian yang inovatif dan unik;
  • Mengamalkan kerja secara berpasukan, memiliki kemahiran sosial dan membina jaringan keusahawanan;
  • Meningkatkan tahap pendidikan dan kemahiran secara berterusan;
  • Mengenal pasti, menilai dan merebut peluang pekerjaan dalam industri tersebut serta merealisasikan peluang tersebut;
  • Bertindak secara beretika berlandaskan garis panduan serta peraturan dan kehendak profesionalisme;
  • Memimpin organisasi ke arah kecemerlangan selari dengan objektif organisasi;

Tempoh Pengajian: 8 Semester (4 tahun)

Jumlah Kredit Untuk Penganugerahan Ijazah: 128 kredit

 

 Prospek Kerjaya

Graduan mampu memberi sumbangan bermakna kepada kecekapan dan keberkesanan sektor kewangan Malaysia di samping memenuhi keperluan ekonomi Negara. Industri Perbankan Islam semakin meningkat dari aspek pengamalan di semua pentadbiran bank di Malaysia. Permintaan yang tinggi rakyat terhadap perbankan Islam telah menjadikan para graduan dalam bidang ini diperlukan di peringkat pentadbiran dan pengoperasian bank yang mengamalkan perbankan Islam.

Graduan juga mampu membuka premis sendiri menerusi perkhidmatan konsultasi dan khidmat nasihat diberikan kepada pengguna yang memerlukan khidmat nasihat dalam perbankan ini. Prospek pekerjaan juga boleh wujud melalui penggunaan pengetahuan dan kemahiran serta sokongan sesama daripada pihak syarikat tempatan, antarabangsa dan organisasi kewangan.

 

Struktur Kursus

Tahun

Semester 1

Semester 2

 

 

1

UBI  1012       Bahasa Inggeris I

USK 1012       Titas

USK 1022       Hubungan Etnik

AFT 1013       Asas Keusahawanan

AFT 1023       Asas Pengurusan

AFT 1083       Mikroekonomi

UK*1_ _ 1       Ko Kurikulum I

Jumlah Kredit: 16 kredit

UBI  1022         Bahasa Inggeris II

AFT 1043         Asas Perakaunan

AFT 1053         Prinsip Pemasaran

AFT 1093         Makroekonomi

AFT 1103        Matematik Perniagaan

APT 2013         Gelagat Usahawan

UK* 1_ _1        Ko Kurikulum II

AFT 4012         SIEP*

Jumlah Kredit: 18 kredit

Tahun

Semester 3

Semester 4

 

 

 

2

UBI 2022       Bahasa Inggeris untuk                             Komunikasi Perniagaan

AFT 2013      Statistik Perniagaan

AFT 2073      Pengurusan Kewangan

APT 2023      Pengurusan Sumber Manusia

AFT 3093      Keusahawanan Korporat

AFS 2023      Usul Fiqh

 

 

 

Jumlah Kredit : 17 kredit

USK 1042      Falsafah Ilmu

APT2053       Pembangunan dan Pengurusan Enterprais Baru

AFS 2013      Sistem Kewangan dan Perbankan Islam    

ABT 2013      Prinsip Ekonomi Islam

AFS 2043      Rangka Peraturan  Perbankan dan Kewangan Islam

AFS xxx3       EP 1            

AFT4012       SIEP*                    

Jumlah Kredit  :  17 kredit

Tahun

Semester 5

Semester 6

 

 

 

3

UB_ 2_ 12     Bahasa Asing I
APT 2033      Undang-Undang Perniagaan
APT 3073      Kaedah Penyelidikan
APT 3083      Keusahawanan Strategik
AFS 3063      Fiqh Muamalat
AFS xxx3       EP 2
 
 
 
 
Jumlah Kredit : 17 kredit
UB_ 2_ 22      Bahasa Asing II
APT 2043       Aplikasi Teknologi  Maklumat dalam  Perniagaan            
AFT 2083       Pengurusan Operasi      
AFS 4112       Projek Penyelidikan (I)
AFS xxx3       EP 3
**_____ 3       Elektif Bebas I
AFT 4012       SIEP*

Jumlah Kredit : 16 kredit

Tahun

Semester 7

Semester 8

 

 

 

4

ABT 3083       Pengurusan Strategik
AFS 4113       Projek Penyelidikan   (II)
AFS xxx3        EP 4
AFS xxx3        EP 5
AFS xxx3        EP 6
** ___3           Elektif Bebas II

Jumlah Kredit : 18  kredit

*Jumlah Kredit SIEP: 2 kredit

APT4098     Latihan Industri

 

 

 

Jumlah Kredit : 8  kredit

Kursus Pilihan:  USK4012 Kemasyarakatan dan Pembangunan Ekonomi (2 kredit)

Jumlah Keseluruhan Jam Kredit: 129 kredit

 

  

CONTACT US

 

Universiti Malaysia Kelantan, Locked Bag 36,
Pengkalan Chepa, 16100 Kota Bharu, Kelantan.

Visitor Counter

0198366
All days
198366

15.18%
39.19%
9.50%
4.27%
0.31%
31.55%