FACULTY OF ENTREPRENEURSHIP AND BUSINESS
Universiti Malaysia Kelantan

KOLOKIUM PASCASISWAZAH FAKULTI KEUSAHAWANAN DAN PERNIAGAAN 2019


Program Kolokium Pascasiswazah UMK 2019 ini bertujuan untuk memberi peluang kepada para pelajar pascasiswazah membentangkan hasil kajian di peringkat masing-masing bagi memastikan laporan kemajuan para pelajar adalah baik. Kolokium ini memberi penekanan kepada pelajar pascasiswazah yang berada pada semester 2 dan ke atas untuk membentangkan hasil kajian mereka sepanjang semester tersebut. Di samping itu, kolokium ini dapat memberi peluang kepada para pelajar pascasiswazah memperbaiki kajian yang dilakukan dan mendapat cadangan serta pandangan daripada penilai dan penyelia. Program ini juga dapat memberi pendedahan kepada para pelajar untuk menghasilkan kajian yang berkualiti disamping menyalurkan maklumat kepada pelajar tentang kaedah dan cara penulisan tesis yang efektif serta efisyen. Selain itu, program ini juga bertujuan untuk menambahkan ilmu pengetahuan peserta terhadap penulisan tesis dan kajian yang dilakukan melalui maklumbalas menerusi sesi soal jawab setelah pembentangan yang dilakukan. Antara objektif utama program ini diadakan: i. Untuk memberi peluang kepada para pelajar pascasiswazah untuk membentangkan idea, hasil penulisan mengenai kajian mereka. ii. Untuk mendedahkan kepada para pelajar pascasiswazah tentang keperluan dan teknik dalam menghasilkan tesis yang efisen dan efektif melalui taklimat yang akan disampaikan oleh penceramah jemputan. iii. Untuk mengetahui gaya bahasa, sasaran pembaca dan kesan penyampaian dalam menghasilkan penyelidikan dan tesis yang berkualiti dan bermutu. Kolokium ini dihadiri oleh 43 orang pelajar pascasiswazah yang membentangkan hasil kajian masing-masing dan dinilai oleh 12 panel penilai daripada staf akademik FKP mengikut bidang masing-masing. Hasil daripada kolokium ini, artikel yang dihantar oleh pelajar akan diterbitkan dalam bentuk prosiding kolokium.
Date: 06-Apr-2019