FAKULTI KEUSAHAWANAN DAN PERNIAGAAN
Universiti Malaysia Kelantan

IJAZAH SARJANA MUDA PERAKAUNAN DENGAN KEPUJIAN


MENGENAI KAMI

Ijazah Sarjana Muda Perakaunan dengan Kepujian UMK adalah direka khas kepada pelajar yang berhasrat untuk memiliki ijazah perakaunan yang diiktiraf MQA dan menyediakan laluan untuk menjadi akauntan bertauliah oleh ACCA/MICPA.

Ini adalah satu-satunya program di universiti awam di Malaysia yang menggunakan kurikulum dari badan profesional ACCA dan MICPA dalam struktur program bagi menjadikan para graduan lebih mesra pasaran kerja dan relevan. 

Pelajar akan ditempatkan di syarikat yang diluluskan ACCA/MICPA semasa menjalani kursus satu tahun perantisan perakaunan untuk memastikan mereka memperoleh pendedahan kepada pengalaman berharga dalam kehidupan industri.

Para pelajar juga dilengkapi dengan ilmu keusahawanan yang memberi mereka kemahiran untuk mewujudkan pasaran kerja dalam industri.

 

MENGAPA PILIH KAMI?

  • Penggunaan kurikulum dari badan profesional ACCA dan MICPA dalam struktur program.
  • Peluang untuk mengambil sekurang-kurangnya dua modul sijil profesional (ACCA/MICPA) sepanjang pengajian.  Baki modul sijil profesional ini boleh diambil setelah bergraduasi (2 modul ACCA dan 3 modul MICPA).

  • Kursus perantisan perakaunan selama setahun di syarikat yang diluluskan oleh ACCA/MICPA dikira sebagai sebahagian daripada tiga tahun keperluan pengalaman bekerja untuk diiktiraf sebagai akauntan yang bertauliah.

  • Persekitaran keusahawanan yang kondusif bagi menanam ciri-ciri keusahawanan di kalangan para

 

SYARAT KEMASUKAN

Memiliki Sijil SPM dengan mendapat sekurang-kurangnya Gred B dalam mata pelajaran Matematik dan mana-mana TIGA (3) mata pelajaran berikut: Perakaunan/ Perdagangan/ Ekonomi Asas/ Matematik Tambahan/ Fizik/ Biologi/ Kimia

MATRIKULASI

Minimum PNGK 3.00 dengan sekurang-kurangnya Gred B dalam mata pelajaran Matematik dan mana-mana DUA (2) mata pelajaran berikut: Perakaunan/ Ekonomi/ Pengurusan Perniagaan/ Fizik/ Kimia/ Biologi

STPM

Minimum PNGK 3.00 dengan sekurang-kurangnya Gred B dalam mana-mana DUA (2) mata pelajaran berikut: Perakaunan/ Ekonomi/ Matematik Moden/ Matematik Tambahan/ Pengajian Perniagaan/ Fizik/ Kimia/ Biologi

DIPLOMA

  • Minimum PNGK 3.00 bagi Diploma Perakaunan/Diploma Sistem Maklumat Perakaunan.
  • Minimum PNGK 2.50 bagi Diploma Perakaunan/Diploma Sistem Maklumat Perakaunan dengan pengalaman bekerja selama DUA (2) tahun dalam bidang berkaitan perakaunan/kewangan.
  • Minimum PNGK 3.50 bagi Diploma dari bidang Ekonomi/Perniagaan/Perbankan/ Pengurusan dengan mendapat Gred B (3.00) untuk subjek Asas Perakaunan.

DAN

Mendapat sekurang-kurangnya Tahap 3 (Band 3) dalam Malaysian University English Test (MUET).

DAN

Lulus temuduga kelayakan pengambilan.

 


Kos Berkaitan

Peluang Kerjaya
  • Akauntan Bertauliah
  • Juruaudit
  • Juruanalisa Kewangan
  • Pegawai Tadbir
  • Pegawai Kewangan
  • Pegawai Pengurusan
  • Pakar Runding Profesional dalam Perakaunan, Kewangan, Audit, Percukaian, Kesetiausahaan dan Keusahawanan.
  • Pensyarah / Pendidik / Tutor
Yuran Pengajian
Yuran Pelajar Tempatan
Yuran Pelajar Antarabangsa
Struktur Kurikulum
-

Syarat Kemasukan
Pelajar Tempatan
Pelajar Antarabangsa
Masa Pengajian
4

LANGGAN BERITA

Langgan dan dapatkan berita terkini mengenai kami, dan lain-lain