Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Perbankan dan Kewangan Islam) dengan Kepujian

Print

Fakulti Keusahawanan dan Perniagaan menawarkan Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Perbankan dan Kewangan Islam) untuk memberi pelajar pengetahuan teori dan kemahiran praktikal mengenai konsep dan nilai keusahawanan untuk membolehkan mereka menjadi seorang yang berkebolehan dan bersikap analitik dalam bidang kewangan dan perbankan Islam dan untuk menggalakkan pembelajaran lanjut dalam bidang kewangan dan perbankan Islam selaras dengan dengan persekitaran ekonomi yang sentiasa berubah. Selain itu, matlamat program ini juga bertujuan untuk menghasilkan graduan dengan pengkhususan perbankan dan kewangan Islam yang mahir dalam bidang pengurusan kewangan Islam, perundangan perbankan Islam, takaful, pengurusan risiko, usul fiqh dan fiqh muamalat. Kurikulum program ini dibentuk untuk memupuk pelajar dengan nilai dan budaya perniagaan Islam selaras dengan tujuan pembudayaan pembelajaran yang berterusan dan memperkasa graduan menjadi “high achiever”.

Bahasa Inggeris merupakan medium pembelajaran bagi semua program yang ditawarkan oleh pihak fakulti

 

Tempoh Pengajian:  8 Semester (4 tahun)

Jumlah Kredit: 130 jam kredit

 

Prospek Kerjaya

Pegawai Eksekutif atau Pengurus dalam sektor kewangan dan  perbankan, Penasihat Kewangan, Penganalisa Risiko Perniagaan, Pegawai Pentadbiran dalam sektor kerajaan seperti Pegawai Tadbir, Pegawai Tadbir dan Diplomatik, Pegawai Kewangan, dan Pegawai Eksekutif,  Usahawan dan pekerja yang mempunyai ciri-ciri seorang usahawan.

 


Ketua Program:

 

Encik Ahmad Ridhuwan bin Abdullah

(Finance and Investment)

Telefon Pejabat: 09-7717000

Emel: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

logo-umk

 

:: Dikemaskini pada  : 01/09/14 ::

Agensi Kerajaan

                    

Diselia oleh Fakulti Keusahawanan dan Perniagaan, 2014

Tuesday the 2nd - . Powered by 888 poker bonus code