Sarjana Muda Keusahawanan (Pelancongan) dengan Kepujian

Print

Fakulti Keusahawanan dan Perniagaan menawarkan Ijazah Sarjana Muda Keusahawanan (Pelancongan) bagi persediaan calon dalam kedua-dua aspek kemahiran praktikal serta pengetahuan teori dan nilai-nilai keusahawanan bagi membolehkan mereka untuk menjadi seorang pekerja dan usahawan yang berwibawa dan berfikiran analitikal dalam kedua-dua bidang keusahawanan dan Pelancongan konvensional, menggalakkan peringkat pengajian yang lebih tinggi  di dalam bidang Keusahawanan (Pelancongan), selaras dengan persekitaran ekonomi yang berubah. Selain itu, matlamat program juga  adalah untuk melahirkan graduan yang mempunyai pengkhususan dan akan menguasai bidang pengurusan Pelancongan, aktiviti-aktiviti, pemprosesan dan komunikasi (berurusan dengan pelancong, pembekal, masyarakat dan kerajaan). Kurikulum program ini direka untuk memupuk graduan pelancongan yang berorientasikan usahawan, beretika, cekap dan terlatih, profesional dan rapi, bersedia untuk terus belajar dan dipupuk untuk menjadi penyayang dan belas kasihan, dan bersedia dengan dunia pekerjaan.

 

Bahasa Inggeris merupakan medium pembelajaran bagi semua program yang ditawarkan oleh pihak fakulti

 

Tempoh Pengajian:  8 semester (4 tahun)

Jumlah Kredit: 125 jam kredit


Prospek Kerjaya

Usahawan, Pengurus Pelancongan Pengembaraan, Pemaju Eko-Pelancongan, Pengurus Hospitaliti, Perancang Acara, Perancang Pelancongan Wilayah atau Negara, Penasihat Pelancongan Wilayah, Konsultan Pelancongan,  Usahawan Pelancongan, Penulis Pengembaraan dan Pelancongan, Penganalisa Polisi Pelancongan, dan pelbagai peluang pekerjaan lain berkaitan dengan festival sukan dan acara lapang besar di peringkat antarabangsa, negara, dan organisasi seperti  lembaga pelancongan, hotel dan resort, perundingan pelancongan antarabangsa, dan tarikan bersejarah.

 


Ketua Program:

 

Cik Raja Norliana binti Raja Omar

(Tourism Management)

Telefon Pejabat: 09-7717000

Emel: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

 

logo-umk

 

:: Dikemaskini pada  : 01/09/14 ::

Agensi Kerajaan

                    

Diselia oleh Fakulti Keusahawanan dan Perniagaan, 2014

Monday the 1st - . Powered by 888 poker bonus code