Sarjana Muda Keusahawanan (Hospitaliti) dengan Kepujian

Print

Fakulti Keusahawanan dan Perniagaan menawarkan Ijazah Sarjana Muda Keusahawanan (Hospitaliti) bagi persediaan calon dalam kedua-dua aspek kemahiran praktikal serta pengetahuan teori dan nilai-nilai keusahawanan bagi membolehkan mereka untuk menjadi seorang pekerja dan usahawan yang berwibawa dan berfikiran analitikal dalam kedua-dua bidang keusahawanan dan Hospitaliti konvensional, menggalakkan menyambung peringkat pengajian yang lebih tinggi  di dalam bidang Keusahawanan (Hospitaliti), selaras dengan persekitaran ekonomi yang berubah. Selain itu, matlamat program juga  adalah untuk melahirkan graduan yang mempunyai pengkhususan dan akan menguasai bidang pengurusan Hospitaliti, proses, perkhidmatan dan pengurusan fasiliti. Kurikulum program ini direka untuk memupuk graduan yang berorientasikan usahawan, beretika, cekap dan terlatih, profesional dan rapi, dan bersedia dengan dunia pekerjaan. Graduan akhirnya akan berada di dalam organisasi utama amalan professional, industri, pendidikan dan agensi kerajaan atau mempunyai perniagaan sendiri.

Bahasa Inggeris merupakan medium pembelajaran bagi semua program yang ditawarkan oleh pihak fakulti

 

Tempoh Pengajian:  8 semester (4 tahun)

Jumlah Kredit: 125 jam kredit


Prospek Kerjaya

Usahawan, Eksekutif Pemasaran, Pengurus Hospitaliti, Perancang Acara Sukan / Hiburan / Hotel / Pusat Peranginan, dan pelbagai peluang pekerjaan lain berkaitan dengan festival sukan dan acara lapang besar di peringkat antarabangsa, negara, dan organisasi seperti  lembaga pelancongan, hotel dan resort, perundingan pelancongan antarabangsa, dan tarikan bersejarah.

 

 

Ketua Program:

 

Puan Nur Dalila binti Mat Yusoff

(Hospitality Management)

Telefon Pejabat: 09-7717000

Emel: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

 

 

logo-umk

 

:: Dikemaskini pada  : 01/09/14 ::

Agensi Kerajaan

                    

Diselia oleh Fakulti Keusahawanan dan Perniagaan, 2014

Tuesday the 16th - . Powered by 888 poker bonus code