PRA BENGKEL TASK FORCE PENSTRUKTURAN DAN PEMANTAPAN PROGRAM SARJANA MUDA KEUSAHAWANAN DENGAN KEPUJIAN (2u2i)

03 Julai 2022, Kampus Kota, Universiti Malaysia Kelantan. Pihak Fakulti Keusahawanan dan Perniagaan, Universiti Malaysia Kelantan telah menganjurkan Pra Bengkel Task Force Penstrukturan dan Pemantapan Program Ijazah Sarjana Muda Keusahawanan Dengan Kepujian (2u2i). Program ini telah disertai oleh seramai 17 orang staf akademik bermula jam 2.30 petang bertempat di Bilik Mesyuarat Senat Kampus Kota, Universiti Malaysia Kelantan.Tujuan program ini diadakan adalah untuk mengumpulkan kesemua ahli taskforce dan fasilitator yang terlibat bagi menstrukturkan semula dan memantapkan program 2u2i. Hasil daripada bengkel ini, beberapa strategi dan pendekatan telah diambil antaranya mewujudkan unit-unit seperti akademik, latihan dan jaringan data raya. Melalui program ini, ahli Taskforce dapat meningkatkan pemahaman mengenai matlamat dan operasi program 2u2i dengan lebih jelas dalam memenuhi hasrat pemegang taruh Universiti.