E-COMMERCE INNOVATION CARNIVAL 20212022 (ECIC202122) FAKULTI KEUSAHAWANAN DAN PERNIAGAAN SEMESTER FEBRUARI SESI AKADEMIK 20212022

18 hingga 19 Jun 2022, Kampus Kota, Universiti Malaysia Kelantan. Pihak Fakulti Keusahawanan dan Perniagaan, Universiti Malaysia Kelantan telah menganjurkan E-Commerce Innovation Carnival 2021/2022 (ECIC2021/22). Program ini telah disertai seramai 274 orang pelajar yang melibatkan 28 kumpulan peserta, dan telah berlangsung pada 18 hingga 19 Jun 2022, dari pukul 8.30 sehingga 5.00 petang, bertempat di Kampus Kota, Universiti Malaysia Kelantan. Tujuan program ini diadakan adalah untuk memberi ruang dan peluang kepada para pelajar yang mengikuti kursus E-Dagang agar lebih memahami kandungan yang dipelajari melalui perkongsian idea perniagaan, inovasi e-dagang dan juga pengalaman sepanjang mengikuti dan menyempurnakan tugasan. Program ini juga mampu membentuk budaya inovasi dalam kalangan warga pelajar universiti dan mengoptimumkan sumber teknologi dan aplikasi yang ada untuk menghasilkan inovasi e-dagang yang terbaik terutamanya dalam inovasi keusahawanan. Dan seterusnya menggalakan pelajar dalam penyertaan pertandingan penciptaan inovasi.