INTERNATIONAL SEMINAR ON ENTREPRENEURSHIP AND PSYCHOLOGY 2022 “CREATING A NEW VISION FOR WORK IN A POST-PANDEMIC WORLD”

06 Julai 2022, Kampus Kota, Universiti Malaysia Kelantan. Pihak Fakulti Keusahawanan dan Perniagaan (FKP), Universiti Malaysia Kelantan (UMK) melalui bahagian Pascasiswazah dan Penyelidikan dengan kerjasama Nottingham Trent University (NTU), United Kingdom telah berjaya menganjurkan International Seminar on Entrepreneurship and Psychology 2022 pada tanggal 06 Julai 2022 (Rabu). Seminar yang dianjurkan ini bertujuan untuk berkongsi ilmu berkenaan psikologi dalam bidang keusahawanan yang disampaikan oleh para penyelidik daripada kedua-dua universiti berkenaan. Program yang dilaksanakan secara atas talian iaitu melalui platform Zoom dan juga FB Live UMK Official ini telah disertai oleh seramai 50 orang peserta yang terdiri daripada ahli akademik, para pelajar dan komuniti. Program ini telah berjaya dalam menambahkan ilmu di kalangan staf UMK secara amnya dan para pensyarah UMK secara khasnya akan kepentingan psikologi dalam bidang keusahawanan sejajar dengan falsafah penubuhan UMK sebagai Universiti Keusahawanan. Melalui program ini juga, ia dapat memberikan input kepada para pelajar terutamanya pelajar mod penyelidikan dalam penulisan tesis mereka berkenaan isu yang dibincangkan dalam seminar ini. Tambahan pula, usahawan dan masyarakat luar yang turut serta dalam program berkonsepkan pembelajaran sepanjang hayat ini juga dapat mempelajari ilmu berguna daripada para pakar penyelidik psikologi dan keusahawanan.