PERTANDINGAN RANCANGAN PERNIAGAAN 2022 PIALA DEKAN

17 Jun 2022, Kampus Kota, Universiti Malaysia Kelantan. Unit Keusahawan di bawah Fakulti Keusahawanan dan Perniagaan, Universiti Malaysia Kelantan telah menganjurkan Pertandingan Rancangan Perniagaan 2022 Piala Dekan. Pertandingan ini adalah siri kedua selepas kejayaan siri pertama program ini pada tahun 2021. Program ini telah menerima 31 penyertaan terdiri daripada individu dan juga berkumpulan serta dihadiri lebih 50 orang pelajar dan pensyarah. Program ini telah berlangsung pada 17 Jun 2022  dari pukul 9.30 sehingga 12.30 tengah hari secara atas talian. Pertandingan rancangan perniagaan ini bertujuan untuk mencari bakat-bakat terpendam pelajar di samping menjadi platform untuk membolehkan pelajar membentangkan idea-idea perniagaan terkini.Pemenang dan rancangan perniagaan yang terpilih akan diberi peluang untuk mendapatkan pembiayaan untuk melaksanakan perniagaan mereka dari pihak UMKEI dan juga Bank Islam Malaysia Berhad. Pembiayaan ini adalah tanpa faedah. Sebanyak 4 rancangan perniagaan telah dibentangkan. Tempat pertama program ni dimenangi oleh Plan Food yang disertai oleh Atiqah Mashudi, Benathan Lee Chin Liong, Lee Wei Ling, Siew Hui En, Siti Aisyah Binti Bakri dan Yong Ling Yu pelajar Sarjana Muda Keusahawanan Peruncitan. Manakala, tempat kedua pula dimenangi oleh penyertaan duo berkumpulan iaitu Jajan Time yang disertai oleh Nur Hanim Husna Nazli dan Iffah Munirah Rihdwan, pelajar Sarjana Muda Perakaunan. Tempat ketiga dimenangi oleh Crispy Choco Jar Cadbury disertai oleh Ng Phaik Shan, Nur Amielia Natasha Jamaludin, Nursollehhah Mohammad Salleh, Ng Zi Keong, Arivalagan A/L Pakiya Nathan, Thiviya A/P Manickam dan Vinisharajny A/P Yasunathan, pelajar Sarjana Muda Keusahawanan Peruncitan. Para pemenang menerima hadiah wang tunai dan juga sijil penghargaan. Tahniah diucapkan kepada semua pemenang.