MEET AND GREET MAHASISWA BAHARU FAKULTI KEUSAHAWANAN DAN PERNIAGAAN SEMESTER SEPTEMBER SESI 2020/2021

10 Oktober 2020, Kampus Kota, Universiti Malaysia Kelantan. Pihak Fakulti Keusahawanan dan Perniagaan, Universiti Malaysia Kelantan telah menganjurkan Program “Meet & Greet” Mahasiswa Baharu Fakulti Keusahawanan dan Perniagaan, Universiti Malaysia Kelantan secara Online bagi mahasiswa-mahasiswa baharu Fakulti Keusahawanan dan Perniagaan. Program ini telah diadakan pada 10 Oktober 2020 secara online menggunakan platform Facebook dan Google Meet. Program ini diadakan bertujuan untuk memberi pengenalan kepada semua pelajar baharu mengenai Fakulti Keusahawanan dan Perniagaan dan perkara-perkara yang perlu diterapkan oleh setiap pelajar. Justeru itu, bagi menjayakan program ini, seorang penceramah daripada industri iaitu Datuk Abdul Wahab Khalil telah dijemput bagi memberikan pendedahan yang berkesan kepada para pelajar. Manakala seorang penceramah yang merupakan wakil pelajar bagi program Ijazah Sarjana Muda Keusahawanan dengan Kepujian daripada Universiti Malaysia Kelantan iaitu Encik Encik Danial Hafizi bin Mohamad Roslan turut dijemput untuk menjayakan bengkel ini. Sesi rakaman bagi program ini boleh diikuti semula melalui Facebook Universiti Malaysia Kelantan (Rasmi) dipautan berikut:

  • Sesi 1: Program “Meet & Greet” Mahasiswa Baharu FKP Semester September Sesi 2020/2021:

(https://www.facebook.com/fkp.umk/posts/2376880555770087)