MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA FAKULTI KEUSAHAWANAN DAN PERNIAGAAN & FAKULTI HOSPITALITI, PELANCONGAN DAN KESEJAHTERAAN

Majlis sambutan Hari Raya Fakulti Keusahawanan dan Perniagaan & Fakulti Hospitaliti, Pelancongan dan Kesejahteraan telah diadakan di Kabin Pensyarah, UMK Kampus Kota pada 25 Jun 2019. 

Majlis ini dihadiri oleh staf FKP (MGSEB) dan FHPK. Majlis yang bermula pada 12.00 tengahari ini dimeriahkan dengan kehadiran Prof. Dr. Mohd Rafi bin Yaacob, Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), Prof. Madya Ts. Dr. Zailani bin Abdullah, Dekan FKP dan Prof. Madya Dr. Ghazali bin Ahmad, Dekan FHPK.

Secara keseluruhannya, majlis ini berlangsung dengan meriah dan berjaya mengeratkan hubungan silaturrahim antara staf.