BENGKEL OPERASI TEROKA BAHARU

3 September 2020, Tanjung Demong Beach Resort. Pihak Fakulti Keusahawanan dan Perniagaan, Universiti Malaysia Kelantan telah menganjurkan Bengkel  Operasi Teroka Baharu bagi pelajar tahun 3 Sarjana Muda Keusahawanan  (2u2i). Program ini telah disertai seramai 57 orang pelajar dan 8 orang pensyarah yang berlangsung pada 3 hingga 5 September 2020, bertempat di Tanjung Demong Beach Resort, Besut. Tujuan program ini dijalankan untuk memberikan pendedahan awal kepada para pelajar sebelum memulakan kursus Operasi Teroka Baharu yang mana para pelajar perlu memulakan perniagaan mereka sendiri semasa tahun akhir pengajian. Bengkel ini juga turut melibatkan penilai luar industri iaitu Tuan Haji Norizan Sharif dan Puan Zarini Rania Zainal sebagai penilai untuk aktiviti business pitching.  Selain itu, aktiviti business challenge turut diadakan yang mana para pelajar melakukan aktiviti jualan di Pantai Bukit Kluang. Melalui aktiviti yang dijalankan, para pelajar didedahkan dengan aktiviti perniagaan, cara pemasaran dan cara berhadapan dengan pelanggan. Bengkel ini diharapkan akan menjadi aktiviti tahunan pelajar Sarjana Muda Keusahawanan (2u2i) yang mana diharap dalam melahirkan usahawan yang berjaya dan berdaya saing.