SESI BERKONGSI: AMALAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DALAM TALIAN OLEH SEU, RIYADH

“Sharing Session: Online Teaching And Learning Practice By Saudi Electronic University (SEU), Riyadh” merupakan satu program yang bertujuan untuk memberi informasi dan pendedahan kepada pensyarah-pensyarah berkenaan dengan pengajaran dan pembelajaran (PnP) dalam talian yang diamalkan oleh Saudi Electronic University (SEU), Riyadh, dan seterusnya meningkatkan kecemerlangan akademik serta dapat melahirkan pensyarah yang penyelidik yang berkualiti dalam PnP dalam talian.

Berikutan ini, pihak penganjur telah menjemput Assistant Professor Dr. Norshuhani Zamin yang kini bertugas di Saudi Electronic University (SEU), Riyadh, Kingdom of Saudi Arabia. untuk berkongsi pengalaman beliau dalam PnP serta penyelidikan dan inovasi daripada perspektif antarabangsa.