BENGKEL PEMBANGUNAN DAN PEMERKASAAN MASSIVE OPEN ONLINE EXPERIMENT (MOOE) FAKULTI KEUSAHAWANAN DAN PERNIAGAAN (FKP)

23 Julai 2020, Kampus Kota, Universiti Malaysia Kelantan. Pihak Fakulti Keusahawanan dan Perniagaan dengan kerjasama Pusat Kecemerlangan Dan Pembangunan Akademik (PKPA) Universiti Malaysia Kelantan telah menganjurkan Bengkel Pembangunan Dan Pemerkasaan Massive Open Online Experiment (MOOE) Fakulti Keusahawanan Dan Perniagaan (FKP). Program ini telah disertai seramai 18 orang pensyarah, 5 orang fasilitator daripada PKPA dan 4 orang urusetia. Program ini berlangsung pada 21-23 Julai 2020, dari pukul 8.30 sehingga 5.00 petang, bertempat di Kampus Kota, Universiti Malaysia Kelantan.Tujuan program ini dijalankan untuk membolehkan pensyarah-pensyarah yang terlibat dapat memberi fokus dan dibimbing untuk membangunkan MOOE untuk subjek masing-masing. Sebanyak 7 subjek MOOE dapat dibangunkan, dan kemajuan  pembangunan adalah melebihi 80% bagi setiap subjek yang terlibat.