PROGRAM 2u2i FKP TERKINI MENJADI PENANDA ARAS KEPADA FPP UNIVERSITI MALAYA

Sekali lagi program Sarjana Muda Keusahawanan 2u2i Fakulti Keusahawanan & Perniagaan (FKP) menjadi penanda aras apabila menerima kunjungan dari Universiti Malaya (UM) iaitu universiti penyelidikan yang berada dalam kelompok 70 teratas universiti dunia menurut QS Ranking terkini. Rombongan seramai 5 orang ini dari Fakulti Perniagaan & Perakaunan (FPP) telah diketuai oleh Dekan Prof. Dr. Che Ruhana Isa, semua Timbalan Dekan dan Ketua Penolong Pendaftar. Ini merupakan kunjungan balas hasil daripada kunjungan yg telah diketuai oleh Timbalan Naib Canselor (Akademik&Antarabangsa),Prof. Dr. Mohd Rafi Yaacob bersama Dekan FKP, Prof. Madya Ts. Dr. Zailani Abdullah dan  Dekan MGSEB, Prof. Madya Dr. Nora'ani Mustapha ke FPP UM pada April 2019 baru-baru ini. 

Perbentangan program 2u2i telah di buat oleh Dr. Shah Iskandar Fahmie bin Ramlee yg merupakan penyelaras 2u2i. Antara lain, pihak FKP telah berkongsi tentang perancangan & pelaksanaan program 2u2i dimana pihak fakulti juga bersedia utk memberi khidmat nasihat kpd FPP sekiranya berminat mewujudkan program 2u2i di masa hadapan. Rombongan juga dibawa melawat ke Inkubator 2u2i dimana taklimat ringkas sekali lagi telah diberikan oleh penyelaras 2u2i. 

Selain daripada itu, pihak FPP juga telah berkongsi pengalaman mereka bermula dari perancangan sehinggalah pelaksanaan Akreditasi AACSB. Terkini, FKP sedang membuat perancangan awal bagi memperoleh Akreditasi ACCSB dalam tempoh  3 - 5 tahun dari sekarang. Perkongsian yg di buat adalah sangat bermanafaat kepada FKP dimana Dekan FPP juga merupakan salah satu daripada panel Akreditasi ACCSB.